Isnin, 14 Mac 2011

Kenapa nak tunggu setahun jika tidak mahu kompromi

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA)namun tarikh kuatkuasa 1 Mac 2012 adalah agak melucukan dan tidak praktikal. Jika kemententerian kesihatan tidak mahu berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak, penguatkuasaan terhadapnya perlu serta-merta dihentikan, bukan menunggu sehingga setahun. Ini bertentangan dengan soal keselamatan yang diwar-warkan harus diutamakan. Ia umpama menyuruh anak main jauh-jauh dari api namun mancis di tangan tidak diambil.

Untuk makluman, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, dan bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.Pengharaman itu sepatutnya diambil lebih awal lagi kerana beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius.

Tiada ulasan: