Isnin, 1 November 2010

Lagi respon kepada pandangan TDM

Komen dari Blumbee..
"Sesiapa sahaja yang masih mengganggap emas dan perak sebagai komoditi bermakna orang itu tidak faham lagi apa yang di perjuangkan dalam dinar dan dirham. Konsepnya mudah dan simple je wahai sahabat, bila nak memartabatkan dinar dan dirham jangan kaitkan langsung dengan WANG FIAT. Ingat bila kita dah gunakan dinar dirham, wang fiat tak ada ruang lagi untuk digunakan.

Kalau tak inilah yang akan terjadi, statement yang kelakar akan keluar. Nilai sebenar emas bukan pada USD tapi pada emas itu sendiri dan pada beratnya, sebab itulah bawa emas ke mana-mana tempat pun Insya Allah akan laku. Bila dah beli emas tu simpan je terus, jangan terperangkap dengan permainan Buy Low Sell High ni. Permainan macam ini menyebabkan anda mempunyai intention mengagungkan Wang Fiat, jauh sekali nak mengamalkan wang sunnah.

Kenapa mesti nak kaitkan USD dan Emas? (1USD = 1/1400 ounce) Sapa suruh hangpa buat koin 1/1400. Ikut ajalah apa yang ada pada zaman Rasullullah (dinar, dirham & fulus). Itukan sunnah. Yang kita nak ikut cara Yahudi juga buat apa. Nak juga kaitkan Dinar dan USD. Ingat, Wang Fiat ini adalah propaganda Yahudi supaya manusia menyangkakan duit kertas inilah harta yang sebenar dan ramailah orang yang telah tertipu dengannya.

Tidak praktikal ker guna emas dan perak? Cuba bawa 1 kg emas masuk dalam poket, muat tak? Cuba pula bawa cash RM160,000 (Harga FGJAM) masuk dalam poket, muat tak? inilah statement yang kelakar dan ada pula orang nak menyokong. Kesian....

Harus di ingat, saban hari value duit kertas semakin menyusut. Nilai 1000 USD tahun 1970 kita boleh dapatkan dinar sebanyak 200 keping dinar emas tapi 1000 USD sekarang kita hanya boleh dapatkan 5 keping dinar sahaja. Bukankah ini sudah jelas??? Kenapa harus kita mengagungkan wang kertas, kenapa harus kita menjual emas yang kita ada kerana jelas sekali lambakan Wang Fiat inilah yang merompak nilainya.

"There is no such thing of Islamic Banking, apa yang Islam saya pun tak fahamlah. Tak payahlah perah otak mcm mana nak Islamkan Bank sebab sistem perbankan ini pun orang-orang yahudi sendiri yang cipta. Kita kan ada Baitulmal dan Institusi Zakat, ini yang harus kita kaji dan peranannya dipelbagaikan. Zakat itu sendiri adalah salah satu daripada 5 rukun Islam. Penciptaan Bank ini sebenarnya adalah satu cara menghalalkan konsep Aloong, business base on interest, malah lebih teruk dari Aloong. Sebab itulah Yahudi tak menentang bila orang Islam cipta Bank Islam, konsepnya sama saja macam Bank Konvesional. Cuma nama je tukar pada nama Arab. Islam lah sangat tu...

Pada saya ucapan Tun tu bukannya ucapan Anti Dinar tapi ucapan orang yang tak faham tentang perjuangan Dinar & Dirham. Beliau sendiri tidak dapat membayangkan dunia dinar dan dirham tanpa ada fiat money. So kepada orang-orang yang dah bertemu dengan Tun tu terangkanlah betul-betul, kasi beliau faham. Bukannya nak ambil hati je. Kesian dengan ucapan beliau yang kekanak-kanakan."

Tiada ulasan: