Rabu, 15 September 2010

Dinar emas perlu kepada "iman"

Saya banyak baca komen-komen pembaca di laman blog Chedet apabila bekas PM itu memperkatakan tentang entry beliau yang bertajuk "Dinar Emas 2". Bekas PM itu berkata bahawa beliau hanya mencadangkan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa antara 2 buah negara yang berdagang sesama sendiri dan bukannya penggunaan emas dalam transaksi harian. Tak mengapalah, itu cadangan beliau. Mungkin tahap keimanan beliau terhadap dinar emas setakat level itu sahaja. At least, beliau dah memeparkatakannya. Namun, beberapa komen terutamanya daripada Arzim Naim, Chartered Islamic Finance Professional (CIFP)adalah kurang tepat apabila cuba membandingkannya dengan amalan perubatan. Beliau kata:
"The misconception of gold dinar link to the religious dogma must be corrected. I want to use the analogy of this misconception from the uses of anesthetic in medical surgery. The anesthetic substance was found in 16th century and only to be used in medical surgery in early 19th century. This is because of the religious dogma saying that one needs to endure the pain without any reliance to anesthetic. I believe, the application of gold dinar chip as currency is just a pure religious dogma in the modern economic literature or just a form of identity clash to show that I am more Islamic than the others. It reminds me to the story of Pakistan when they were separated from India. In order to show to the world that they are different from its counterpart (and should have a new identity) and to be seen more Islamic, thus, the late General Zia ul-Haq in 1970s determined to have full Islamic economic system disregarding the conventional economic system that relied on interest-based (usury) endorsed by the predecessor in just one night without any proper planning."

Kenapa kurang tepat?
Yang pertama, dinar emas adalah sunnah Nabi, kenapa ianya tak boleh dianggap sebagai dogma? Menerusi beberapa kajian dan support daripada ayat al-Quran, apabila tidak menggunakan emas sebagai matawang, transaksi akan mudah menjadi riba. Lihatlah apa yang berlaku dalam dunia kewangan sekarang? Duit atas duit, tidakkah riba begitu? Inilah natijah daripada seseorang yang sudah bergelumang najis tetapi tidak tahu bagaimana hendak membersihkannya.

Yang kedua, analogi perubatan dengan dinar tidak tepat kerana amalan perubatan Rasulullah adalah ayat-ayat al-Quran, air penawar, kebersihan dan pemakanan-pemakanan tertentu dan ianya kekal releven sehingga sekarang. Apabila manusia meninggalkan sunnah maka pelbagai penyakit akan timbul. Banyak kajian membuktikan manusia berpenyakit adalah sebab pemakanan yang mereka ambil, maka dengan menjaga pemakanan secara betul maka penyakit akan dapat dihindari. Adapun amalan perubatan yang canggih hanyalah selepas itu. Kurun ke 16 hingga kurun ke 19 adalah hasil perkembangan teknologi perubatan, dan walaupun ianya baik untuk perkembangan kesihatan manusia, kedua-duanya masih tidak lagi boleh disamakan dalam kekuatan autentiknya.

Ketiga, walaupun Islam membenarkan penggunaan dadah dalam perubatan, tetapi kadarnya haruslah amat minima bukannya berlebihan (mengikut kadar-kadar tertentu yang dibenarkan), tapi persoalan yang maha penting adalah, adakah ia jalan terbaik dalam penjagaan kesihatan? Sudah tentu tidak! Yang terbaik adalah mencegahnya dahulu sebelum sakit. Inilah yang Islam anjurkan melalui amalan-amalan Nabi yang diperkatakan tadi. Bila sudah sakit pelbagai perkara terpaksa dilakukan termasuklah penggunaan dahda mahupun benda yang tidak halal kerana keadaan ketika itu memaksa (keadaan darurat).

Keempat, dogma yang dikatakan beliau iaitu "This is because of the religious dogma saying that one needs to endure the pain without any reliance to anesthetic" tidaklah diketahui mana sumbernya. Adakah ianya sumber sunnah mahupun Quran? Jika bukan dari keduanya, mana mungkin ia boleh diangggap DOGMA!

Wahai Arzim, saya tahu anda amat profesional dalam membicarakan realiti kewangan namun percayalah sistem yang anda mahir itu adalah satu perangkap terus menerus dari pihak tertentu untuk terus mengekalkan umat Islam dalam pengamalan riba.

Alasan memang cukup banyak untuk tidak merelevenkan penggunaan dinar namun keimanan lah jua sebagai penentunya.

3 ulasan:

Ibnu Abas berkata...

Sangat berbeza mereka yang memperjuangkan AGAMA dengan mereka yang memperjuangkan DUNIA...

Apabila AGAMA menjadi dasar, maka semuanya dilakukan untuk mentaati ALLAH dan RASUL...

Apabila DUNIA menjadi dasar, maka semuanya dilakukan untuk mendapat keuntungan dunia...

Dziauddin berkata...

Anehnya, mereka ini selalu memberi alasan kita belum lagi bersedia, tidak ada perancangan sempurna untuk menjayakannya dan bermacam-macam lagi....mereka ini tidak langsung menyumbang kepada sistem dinar melainkan niat mereka untuk kekal dalam sedia ada yang penuh dengan amalan duit atas duit..

hanim berkata...

kesungguhan m'perjuangkan kbnran dan keagamaan m'merlukan smgt yg konsisten krn anasir2 luar akn sntiasa b'usaha memthkn smgt pejuang islam..

kepekaan kt t'hdp hlgn dan cbrn akn m'bntu dlm m'lakukn p'ubhn..usaha m'laksanakn penggunaan dinar islam scra meluas, insyaAllah akn b'jya berkat smgt dan k/jasama sume pihak..