Rabu, 31 Mac 2010

Premis pelacuran disaran roboh

Kita jarang sekali mendengar premis pelacuran dirobohkan, namun kerapkali mendengar rumah-rumah orang pula dirobohkan (tak kisahlah atas alasan apapun). Kes terbaru di Brickfield, di mana entah berapa kali rumah pelacuran diserbu tetap meneruskan operasinya. Mungkin selepas ini, kita patut mencadangkan mana-mana premis yang digunakan untuk pelacuran haruslah dirobohkan sama sekali. Mungkin cadangan itu akan ditertawakan oleh pihak-pihak yang hanya memikirkannya dengan akal semata-mata yang tidak bersambung terus dengan hati. Tapi jika difikirkan secara mendalam, undang-undang ada, penguatkuasaan pun ada, tetapi masih lagi berlaku, kenapa? Mungkin org2 ekonomi akan menjawab, sebab ada demand. Tapi jika kita wujudkan suasana yang tidak menggalakkan kepada demand tersebut seperti keadaan huru hara, gempa bumi dan sebagainya mungkin juga berhasil. Nah, dalam hal ini gempa dan huru hara itu kita bole kaitkan dengan perobohan premis pelacuran. Namun akta dan undang2 harus dipinda terlebih dahulu. Bagaimana pula dengan tempat yang bersempadan dengan premis perniagan yang lain? Dlm hal ini tiada masalah, kita robohkan struktur yang bukan asas pada bangunan tersebut. Walaupun cadangan ini agak melucukan, tapi jika banyak premis yang sudah dirobohkan lambat laun orang akan sedar bahawa pelacuran tiada tempat lagi dibangunan-bangunan kerana akan ada lagi bakal dirobohkan dan si pemilik premis pula akan berhati-hati malah si penjual juga akan berhati kerana takut2 bangunan yang dijual itu tidak laku dek sebab salah satu unitnya (atau lebih)akan dirobohkan. Biarlah rugi sedikit asalkan dapat faedah yang berpanjangan. Jika di dalam bangunan tak boleh buat, takkanlah pelacuran di tengah jalan pula?..:)

MCA oh MCA

Saya meramalkan MCA bakal sekali lagi menghadapi krisis kepimpinan yang baru setelah Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai diumumkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden MCA. Walaupun calon yang menang dikhabarkan adalah bercampur-campur antara team A dan team B, namun ianya tidak boleh dianggap lagi sebagai perpaduan di dalam MCA. Ini kerana, penyokong antara team A dan team B adalah sama ramai dan mereka ini boleh berubah hati dalam sekelip mata sahaja terhadap pemimpin mereka. Ini terbukti mereka meletakkan Tee Kita ditangga terbawah sekali di dalam saingan 3 penjuru untuk merebut kerusi presiden, sungguhpun beliau menang besar pada pemilihan sebelum ini sebagai presiden. Jelasnya, perbuatan Chua Soi Lek yang menyimpan perempuan simpanan bukanlah isu besar dalam masyarakat cina tapi sebaliknya tindak tanduk Tee Kiat yang menikam dari belakang terhadap kawannya Tiong Lai membawa bencana besar kepada beliau dan hal ini lebih mendapat tumpuan dikalangan perwakilan. Hasilnya, Tiong Lai mendapat manfaat yang besar dan beliau menang atas dasar simpati perwakilan dan mungkin juga pendirian Tiong Lai yang teguh mempertahankan keputusan memecat Soi Lek, bukannya prestasi beliau yang masih belum teruji sepenuhnya. Walaupun, masyarakat umum yang lain mengharapkan Tee Kiat terus memimpin MCA kerana keberanian beliau membongkar masalah dalaman PKFZ, itu masih lagi belum memadai. Masyarakat MCA masih melihat beliau sebagai duri dalam daging di dalam perpaduan parti MCA. PKFZ itu soal kerajaan bagi mereka bukannya MCA.

Sebagaimana maklum, Soi Lek tidaklah mempunyai rekod yang baik di dalam menjalankan kehidupan sebagai kawan dengan Tiong Lai. Ini kerana beliau dengan mudahnya menempelak Tiong Lai untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden yang lepas bagi membolehkan pemilihan MCA yang baru diadakan. Beliau ada kata "saya tidak akan mengikut rentak beliau di dalam hal ini dan berharap Tiong Lai tidak memaksanya untuk menentukan tarikh bila dia akan meletakkan jawatan". Tiong Lai pula bersekongkol dengan Tee Kiat untuk memecat Soi Lek apabila video Soi Lek itu dibongkarkan sebelum akhirnya Tiong Lai pula dikeluarkan oleh Tee Kiat daripada jawatankuasa pusat MCA kerana mempertahankan keputusan sebelumnya iaitu memecat Soi Lek. Ini jelas satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh Soi Lek. Adakah rentetan peristiwa ini akan menjadikan mereka lebih matang atau hanya masa menentukan sama ada MCA bakal menghadapi satu lagi krisis. Terpulang kepada kebijaksanaan Soi Lek di dalam mengemudi MCA selepas ini. Apa yang pasti, pengundi melayu sudah tentu tidak mengundi beliau jika beliau dicalonkan di dalam pilihanraya akan datang. Musuh-musuh politik pula sudah pasti menjadikan isu ini sebagai modal mereka di dalam pilhanraya akan datang dan mereka pasti mengharapkan kesudahan yang dramatik. Mereka mahu melihat rentetan peristiwa yang mendatang di dalam MCA akan berakhir dengan tragedi!

Rabu, 24 Mac 2010

Tindakan Yip ganjil tapi harus dipuji


Yip Su Onn merajuk kerana tidak dilantik exco Kerajaan Perlis lalu meletakkan jawatan sebagai ADUN. Sangat tidak logik. Apa kaitan exco dengan ADUN? Tak dilantik sudahlah, buat je lah kerja ADUN anda. Lainlah jika isunya tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan MCA, makanya jika meletakkan jawatan ADUN yang mewakili MCA mungkin ada sedikit logiknya namun dengan dunia yang serba materialistik dan bercukai ini, kehilangan punca mata pencarian seperti jawatan ADUN ini tetap menimbulkan tanda tanya. Adakah sesuatu yang lebih besar dimahukan oleh ADUN itu atau satu tunjuk perasaan kepada MCA/BN yang sudah tentu tindakan seperti itu amat-amat tidak dikehendaki dan amat-amat tidak sesuai ketika parti beliau tengah bergolak ini? Yang pasti tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak bersetuju dengan MCA dan kemudian keluar parti adalah patut dipuji kerana orang memilih mereka kerana MCA/BN bukan Yip Su Onn dan itulah realiti! Mahukah ahli politik katak yang lain mengikuti jejak beliau?

Rabu, 17 Mac 2010

My Iman Cell Phone mesti dimiliki


Ciri-ciri perisian:
-bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani
-28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris
-doa khatam al-quran
-tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris,perancis)
-11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu
Majah dan lain-lain -waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-bandar utama luar negara

Ciri-ciri telefon:

-skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
-Bleutooth -mp3 dan mp4
-FM radio -video player(3gp)
-2 sim kad 2 band
-stereo speaker
-warranty 1 tahun
-external sd card slot
-camera 1.3 megapixel

Accessories:

-2 GB SD card
-1 charger
-1 battery
-1 earphone
-kompas
-buku panduan

Extra feature
-games
-unit converter
-currency converter
-world clock

Terdapat dalam 4 jenis warna iaitu HITAM, SILVER, PINK dan HIJAU.

Harga Seunit: RM 390.00

Bayaran Penghantaran Barang: PERCUMA
Sila emelkan nama dan alamat beserta nombor telefon ke tengkek2002@yahoo.com untuk pesanan.

Ahad, 7 Mac 2010

Bengkel IKaZ: Takrif asnaf diperluaskan


Jumaat lepas, penulis berpeluang menghadiri Bengkel Kajian Zakat anjuran IKaZ UiTM di KL International Hotel. Bengkel sehari itu dibarisi dengan pembentang-pembentang yang berpengalaman di dalam membicarakan hal ehwal zakat termasuklah tokoh Maal Hijrah tahun 1431 Hijrah yang lepas iaitu Dato' Paduka Prof. Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid. Seperti biasa beliau membentangkan kertas kerja dengan cara beliau tersendiri disulami dengan sinis yang amat tajam yang membawa renungan bersama barisan pembentang dan peserta bengkel.

Apa yang menarik dalam bengkel ini, perluasan takrifan asnaf telah diperluaskan mengikut kesesuaian masa dan tempat. Seperti contoh, takrifan muallaf ketika ini seharusnya ditumpukan kepada golongan cina yang kaya kerana itulah cara yang paling cepat untuk melebarkan pengaruh Islam ketika ini. Contoh yang diambil ialah tindakan yang telah dilakukan semasa zaman Saidina Umar al-Khattab. Muallaf yang baru masuk Islam tidak lagi diperuntukkan kerana tatkala itu pengaruh Islam sudah kuat dan mereka menumpukan kepada golongan bangsawan dan pemerintah bukan Islam yang mempunyai potensi untuk diIslamkan. Kemasukan mereka bukan sahaja boleh membawa kekayaan mereka untuk Islam bahkan pengikut mereka juga.

Tatkala Islam dilabel keganasan, mana-mana individu yang kaya bukan Islam boleh dilembutkan hati mereka untuk masuk Islam dan seterusnya membawa masuk kekayaan yang diperolehinya untuk kekuatan Islam. Asnaf fi Sabilillah pula tidak hanya menumpukan kepada perang di jalan Allah. Adakah perang sebenar-benar dengan mengangkat senjata di jalan Allah masih berlaku ketika ini. Kecuali Palestin, tidak banyak dana yang boleh diperuntukkan di dalam konteks Malaysia itu sendiri. Ia jelas tidak begitu mendesak, dengan itu, takrifan haruslah diperluaskan dan ditakrif semula untuk kesesuain zaman dan masa.

Selain itu, asnaf amil haruslah diberi keutamaan kepada mereka yang tinggal sekali dengan golongan fakir dan miskin di dalam komuniti mereka dalam tempoh yang lama supaya golongan tersebut dapat lari dari status mustahik (golongan memerlukan) kepada status muzakki (golongan berdikari). Kalau sekarang, amil itu hanya menjurus kepada pengutip zakat semata-mata, adalah diharapkan ansaf amil ini harus berstatus "aktivis masyarakat" untuk membolehkan mereka mendapat bahagian zakat tersebut. Saya tertarik dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh IMZ (Indonesia Magnificient Zakat) yang memberi keutamaan kepada aktivis masyarakat yang duduk sekali dalam kelompok mustahik dalam tempoh yang lama semata-mata untuk memastikan golongan miskin tersebut benar-benar terbela dan dapat mengambil manfaat dari wang zakat yang disalurkan. Aktivis masyarakat inilah yang sebenarnya layak mendapat bahagian asnaf amil dan bukannya mereka yang hanya pandai mengutipnya sahaja. Konsep amil di Malaysia tidak lebih hanya menunggu orang datang memberi dan mengharapkan informasi daripada ketua kampung semata-mata untuk membahagikan wang tersebut yang mana akhirnya wang tersebut hanya bermanfaat untuk digunakan pada waktu itu sahaja. Seolah-olah bantuan pakai buang.

Sudah tiba masanya, satu transformasi besar-besaran harus dilakukan terhadap golongan amil ini agar mereka yang benar-benar bekerja untuk untuk golongan sasaran wang zakat layak mendapat bahagiannya. Duduk di bilik air-cond dan setahun sekali mengadakan aktiviti pembahagian wang zakat adalah peranan yang amat-amat jauh dari landasan sebenar maqasid syara'. Bahkan saya merasakan golongan seperti ini tidak layak menerima bahagian asnaf amil kerana mereka bukannya seorang pejuang zakat. Amil adalah pekerja, pengurus, aktivis dan pejuang zakat dan bukannya pengutip zakat!

Rabu, 3 Mac 2010

Guru muda dan tua ke pedalaman

Pendekatan baru Kementerian Pelajaran yang mewajibkan guru muda dan hampir berpencen ke kawasan pedalaman bakal menguji keikhlasan dan keazaman mereka yang bergelar guru ke peringkat yang lebih tinggi dan optimum. Dengan tidak menafikan keikhlasan mereka ketika ini, langkah wajib yang dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah diharapkan dapat menyelesaikan masalah kekurangan guru di pedalaman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. (source)


CM response:
Adakah langkah ini betul-betul boleh dilaksanakan atau sekadar janji retorik? Kekangan seperti ingin bersama keluarga tentunya menghambat pendekatan seperti ini.Apa pendapat anda?

Selasa, 2 Mac 2010

Syafiah's suffering spoiled Prophet's Birth Day Celebration

Perasaan marah, geram dan sedih bercampur baur dalam lubuk sanubari setiap manusia di Malaysia mahupun di luar Malaysia yang mengamati perkembangan tragedi ini. Melihat dan mendengar punca-punca tragedi kes ini amat-amat tidak boleh diterima akal oleh seorang manusia normal apatah lagi manusia menggelarkan dirinya muslim. Marah dan geram dek perilaku ala holicaust yang sedang menerkam dan membaham mangsanya itu tidak layak langsung untuk diperdengarkan dan dipertontonkan di zaman yang mendakwa mereka zaman ketamadunan ini. Namun itulah yang telah berlaku dan ironinya ia adalah satu tragedi yang berulang-ulang seakan-akan menjadi satu kelaziman untuk perkara itu berlaku saban tahun jika tidak beberapa kali setahun. Terasa baru saja kisah Nurin Jazlin yang dirobek kemaluannya sehingga merubah paras wajahnya (sehinggakan bapanya sendiri tidak dapat cam) dan sekarang pula tragedi Syafiah yang pecah perutnya, rosak buah pinggang dan otak..masya Allah!. Tiada perkataan yang layak dapat digambarkan terhadap perilaku yang sejuta kali lebih teruk dari haiwan dan syaitan ini!

Pelbagai luahan dan reaksi diterima sebaik khalayak mengetahuinya. Namun, apa yang pasti, kesemuanya menjurus kepada kutukan terhadap perilaku tersebut. Tidak kurang juga persoalan ibunya juga harus dihukum kerana membiarkan anaknya terus didera sedangkan dia menyedarinya dan polis pula mengatakan ianya adalah penderaan yang sudah lama dan berterusan tetapi tidak sedari oleh khalayak ramai kerana mungkin disembunyikan oleh mangsa mahupun keluarga si mangsa atas sebab-sebab sesuatu seperti diugut/diancam.

Difahamkan juga, ibu Syafiah telah lama menjalani kehidupan seperti suami isteri dengan si suspek walaupun mereka tidak pun bernikah malah telahpun mempunyai anak luar nikah mereka sendiri yang sudah pun menjangkau lebih setahun. Kehidupan ala holllywood in seakan-akan beransur-ansur meresapi kehidupan Melayu Islam dan satu tindakan post mortem harus diambil dan disiasat bagaimana "fenomena" ini dibiarkan berlaku. Adakah kehidupan Melayu Islam di Malaysia ini perlu mendapat kajian semula berikutan kes ini atau bagaimana? Atau adakah ianya kes-kes terpencil. Jangan diambil mudah perkara ini. Contoh di Malaysia mnemang sudah banyak, namun dikhuatiri ianya juga berleluasa juga di kalangan orang-orang Islam.

Dengan sambutan Maulidurrasul belum pun reda, kejadian seperti ini tidak selayaknya berlaku. Atau adakah sambutan sekadar sambutan tanpa sebarang pengisian yang betul-betul boleh membawa penghayatan kepada umat Islam itu sendiri. Atau umat Islam perlukan satu mekanisme pengawalan yang baru? Sesungguhnya tragedi ini bakal menempa satu lagi sejarah hitam di Malaysia dan satu tindakan drastik kepada umat Islam sewajib dilakukan agar peranan institusi keluarga tidak berterusan gagal dimainkan dan kegagalan itu seharusnya juga mempunyai kaitan yang rapat dengan kegagalan msyarakat kita untuk menerapkan amalan-amalan syariat Islam dan sunnah Nabi. Kerajaan wajib bertindak sesuatu dan merangka pelan berdasarkan syariat Islam yang syumul untuk kesejahteraaan dalam tempoh yang panjang!