Ada lebih 60 trilion duit di atas muka bumi, namun hanya tidak sampai 20 trilion yang berbentuk fizikal iaitu ianya dipegang oleh manusia. Dalam erti kata lain, selebihnya adalah accounting money yang tidakboleh dilihat. Memang ia memudahkan kerana tidak perlu dicetak tapi kesannya adalah besar dan ianya datang dari 60 triliion dan bukannya 20 trilion. Antara kesannya ialah inflasi dan kemelesetan. Ia tidak berpunca dari 20 trilion kerana 20 trilion adalah duit sebenar dalam masyarakat. 20 trilion adalah jumlah sebenar yang dikehendaki di dalam masyarakat dan bukannya 60 trilion. Lebihan 40 trilion ini akan yang dipegang oleh segelintir individu atau kumpulan kaya yang akhirnya akan berkuasa atas muka bumi. Ia juga memberi kesan langsung kepada kemiskinan akibat daripada ketidakserataan pembahagian kekayaan dunia. Kebuluran di sebahagian besar benua Afrika mungkin adalah disebabkan 40 trilion ini tidak diagihkan kepada mereka dalam bentuk pemilikan manfaat yang sebenar-benarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan