Terminologi yang digunakan pada masa sekarang untuk menggambarkan sistem kewangan di dalam cerita Fabian itu tadi ialah “Fractional Reserve Banking.” (Pecahan Simpanan Bank).
Cerita yang anda baca di dalam kisah di bawah, tentu saja adalah rekaan.
Namun, jika anda merasa terganggu kerana cerita ini sangat mirip dengan kenyataan hidup kita, dan anda ingin mengetahui siapa Fabian ini sebenarnya dalam kehidupan yang nyata, adalah lebih baik anda bermula dengan mempelajari kisah tukang emas di England pada abad 16 dan 17 Masihi.
Sebagai contoh, Bank of England didirikan pada tahun 1694. Raja William ketika itu berada dalam kewangan yang mendesak dan kritikal kerana berperang melawan Perancis. Para tukang emas kemudian “meminjamkan” 1.2 juta pound (nilai yang amat besar pada zaman itu) dengan syarat yang telah ditetapkan iaitu:
a. Bunga yang dikenakan adalah 8%.
b. Raja ketika itu memberi lesen kepada tukang emas dengan satu perjanjian yang membolehkan mereka mencipta wang dan pinjaman.
Jangan lupa bahawa di Magna Carta sebenarnya dikatakan bahwa mengenakan dan mengumpulkan bunga (riba) atas pinjaman akan dikenakan hukuman mati. Raja William dipaksa memberi lesen secara rasmi kepada para tukang emas, iaitu hak untuk mencipta kredit.
Sebelum itu, operasi untuk menerbitkan lebih banyak duit daripada emas yang sebenarnya dimiliki adalah tindakan yang bertentangan undang-undang. Namun dengan adanya perjanjian itu, tindakan itu menjadi legal/sah.
Pada tahun 1694, W.Petterson mendapatkan hak lesen untuk menubuhkan Bank of England.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan