Isnin, 10 Mac 2008

Percaya kisah Fabian?..Believe it..!

Terminologi yang digunakan pada masa sekarang untuk menggambarkan sistem kewangan di dalam cerita Fabian itu tadi ialah “Fractional Reserve Banking.” (Pecahan Simpanan Bank).

Cerita yang anda baca di dalam kisah di bawah, tentu saja adalah rekaan.

Namun, jika anda merasa terganggu kerana cerita ini sangat mirip dengan kenyataan hidup kita, dan anda ingin mengetahui siapa Fabian ini sebenarnya dalam kehidupan yang nyata, adalah lebih baik anda bermula dengan mempelajari kisah tukang emas di England pada abad 16 dan 17 Masihi.

Sebagai contoh, Bank of England didirikan pada tahun 1694. Raja William ketika itu berada dalam kewangan yang mendesak dan kritikal kerana berperang melawan Perancis. Para tukang emas kemudian “meminjamkan” 1.2 juta pound (nilai yang amat besar pada zaman itu) dengan syarat yang telah ditetapkan iaitu:

a. Bunga yang dikenakan adalah 8%.

b. Raja ketika itu memberi lesen kepada tukang emas dengan satu perjanjian yang membolehkan mereka mencipta wang dan pinjaman.

Jangan lupa bahawa di Magna Carta sebenarnya dikatakan bahwa mengenakan dan mengumpulkan bunga (riba) atas pinjaman akan dikenakan hukuman mati. Raja William dipaksa memberi lesen secara rasmi kepada para tukang emas, iaitu hak untuk mencipta kredit.

Sebelum itu, operasi untuk menerbitkan lebih banyak duit daripada emas yang sebenarnya dimiliki adalah tindakan yang bertentangan undang-undang. Namun dengan adanya perjanjian itu, tindakan itu menjadi legal/sah.

Pada tahun 1694, W.Petterson mendapatkan hak lesen untuk menubuhkan Bank of England.

Jumaat, 7 Mac 2008

Hikayat Sang Fabian : Aku mahu dunia plus 5%

Fabian berasa teruja dan kelihatan tidak sabar menunggu kedatangan hari esok kerana dia akan menyampaikan amanat dan pidatonya di perhimpunan kemasyarakatan di dareahnya. Dia selalu menginginkan kekayaan dan kekuasaan kerana itulah cita-citanya semenjak kecil dan sekarang impiannya akan segera menjadi kenyataan. Dia adalah seorang tukang emas. Kerjanya setiap hari adalah mengukir emas dan perak yang kemudiannya dijadikan perhiasan. Namun, beliau sentiasa tidak berasa puas terhadap kerjaya yang dimilikinya. Dia mahukan lebih daripada itu. Semakin lama semakin tidak puas kerana terpaksa bekerja keras dalam kehidupan sehariannya namun orang ramai kurang memberi penghargaan terhadap kemahiran yang dimilikinya.. Fabian menginginkan kesenangan, dan juga cabaran, dan sekarang rencana terbarunya sudah hampir siap untuk dimulakan dengan langkahan pertama.

Selama berpuluh generasi, masyarakat sudah biasa dengan sistem perdagangan barter. Mereka akan menyara keluarganya dengan menghasilkan barangan-barangan yang diperlukan ataupun mengkhususkan diri mereka di dalam perniagaan barangan tertentu. Lebihan daripada barangan yang dihasilkan seseorang itu akan ditukarkan dengan lebihan barangan yang dihasilkan oleh orang lain.

Di pusat bandar dan perniagaan, orang ramai sesak setiap hari dan sentiasa bersemangat. Peniaga-peniaga berteriak dan melambai-lambai kepada pelanggannya atau sesiapa yang lalu lalang untuk melakukan pertukaran barang dagangan. Dulunya pusat perniagaan itu merupakan tempat yang agak selesa dan menyenangkan, tetapi sekarang dengan jumlah orang terlalu ramai, pertengkaran di dalam urusniaga semakin meluas disebabkan perebutan barangan semakin sengit kernaa turut menjadi rebutan orang lain. Tiada lagi waktu untuk bersenang lenang dan bercanda, kerana orang ramai semakin berebut-rebut. Sebuah sistem yang lebih baik mesti diperkenalkan seberapa segera yang mungkin.

Secara umumnya, system yang hendak diperkenalkan Fabian akan disukai oleh orang ramai. Orang ramai berasa selesa dan gembira kerana mereka akan berupaya menikmati keuntungan yang setimpal daripada hasil kerja keras mereka.

Di setiap lapisan masyarkat, pembentukan sebuah badan penyelaras yang menjadi orang tengah di dalam menjalankan tugasnya ditubuhkan supaya kebebasan dan hak setiap anggota masyarakat dilindungi dan seterusnya dapat dipastikan bahawa tiada seorang pun akan dipaksa untuk melakukan perkara yang tidak diinginnya.

INILAH TUJUAN UTAMA DAN TUNGGAL DARI PEMERINTAH (GOVERNMENT) DAN SETIAP ANGGOTA MAJLIS DIPILIH SECARA SUKARELA OLEH ANGGOTA MASYARAKAT YANG SEDIA ADA DAN BERKELAYAKAN.

Namun, ada masalah yang tidak mampu mereka selesaikan di pusat perniagaan tersebut. Apakah sebelah pisau sama nilainya dengan dua tongkol jagung? Apakah seekor kerbau lebih berharga dari seekor ayam…? Orang ramai menginginkan sistem yang lebih baik.

Fabian mengiklankan dirinya kepada masyarakat dan berkata, “Saya mempunyai satu penyelesaian terhadap masalah barter yang kita alami sekarang, dan saya menjemput anda semua untuk menghadiri sesi pertemuan dan perbincangan rakyat esok hari.”

Keesokkan harinya orang ramai pun berhimpun di tengah-tengah kota dan Fabian menjelaskan kepada mereka konsep “wang”. Masyarakat tekun mendengarkan pidatonya dan terkesan akan ucapannya itu dan ingin mendengar lebih banyak lagi tentang konsep wang tersebut.




“Emas yang saya hasilkan untuk dijadikan perhiasan adalah logam yang luar biasa. Ianya tidak akan berkarat, dan mampu bertahan dalam jangka waktu yang sangat lama. Saya akan membuat emas dalam bentuk koin dan kita akan menyebut setiap koin itu dengan nama dolar”

Fabian kemudiannya menjelaskan konsep nilai, dan “wang” akan menjadi medium pertukaran barang, sebuah sistem yang lebih baik daripada barter.

Salah satu dari anggota majlis bertanya “Tetapi orang ramai mampu menghasilkan emas sendiri dan membuat koin untuk diri mereka sendiri”

“Ini tidak boleh diterima” kata Fabian. “Hanya koin-koin yang dipersetujui kerajaan yang boleh digunakan, dan kita akan membuat ukiran khusus di koin-koin tersebut.” Kedengarannya seperti masuk akal dan orang-orang pun mula menyarankan agar setiap orang mendapatkan sama banyak. “Tetapi saya yang paling cepat dan pantas untuk mendapatkannya (emas) lebih” kata si pembuat lilin. “Tidak, sayalah yang berhak mendapatkan lebih,” kata si petani. Dan pertengkaran pun tercetus.

Fabian membiarkan mereka bertengkar selama beberapa saat, kemudian berkata, “Kerana tidak ada kesepakatan di antara anda semua, biarlah saya yang menentukan angkanya buat anda. Tidak ada batasan berapa koin yang akan anda dapatkan daripada saya, semua bergantung kepada kemampuan anda untuk membayar. Semakin banyak yang anda dapatkan, semakin banyak yang harus anda pulangkan semula tahun depan.”

“Lalu apa yang akan kamu dapat?” kata salah seorang pendengar yang dari tadi hanya bertindak sebagai pemerhati dan ahli fikir.

“Kerana saya yang menyediakan idea ini, iaitu bekalan wang, maka saya berhak mendapatkan bayaran dari kerja keras saya. Untuk setiap 100 koin yang anda dapatkan daripada saya, anda akan membayar semula kepada saya sebanyak 105 koin pada tahun depannya. 5 koin ini adalah bayaran upah saya, dan saya akan menyebutnya bunga.”

Kedengarannya tidak terlalu buruk, lagi pula 5% seakan tidak berapa banyak. Maka orang ramai pun setuju. Mereka sepakat untuk bertemu seminggu kemudian dan memulakan sistem baru ini.

Fabian tidak membuang waktu. Dia membuat koin emas siang dan malam, dan seminggu kemudian dia pun berjaya menyiapkan koinnya pada kuantiti yang dia rasakan berpatutan. Orang ramai beratur panjang di depan kedainya. Setelah diperiksa dan dipersetujui oleh pemerintah, koin emas Fabian secara rasminya diedarkan. Sebahagian orang hanya meminjam sedikit koin, setelah itu mereka segera pergi ke pasar mencuba sistem baru ini.

Masyarakat segera menyedari kebaikan dari sistem ini, dan mereka pun mula menilai harga setiap barang dengan koin emas atau dolar. Orang ramai memberikan harga pada dagangannya sesuai dengan usaha untuk membuat dan memproses barangan tersebut. Barang yang mudah diproses dan dibuat harganya lebih rendah, dan barang yang sukar diproses dan memerlukan ketelitian dan ketekunan harganya lebih mahal.


Alan adalah seorang tukang jam. Satu-satunya di kotanya. Jam yang dia buat sangatlah mahal, tetapi orang ramai bersedia membayar untuk mendapatkan jam yang dia buat. Dan kemudian ada seorang yang lain juga mula membuat jam dan menjualnya dengan harga yang lebih murah. Alan pun terpaksa menurunkan harga jamnya. Kedua orang ini bersaing membuat jam dengan harga yang lebih murah beserta kualiti yang baik. Ini adalah asal usul daripada apa yang kita sebut sebagai persaingan atau kompetisi mengikut sebutan orang kampung Alan.

Hal yang sama terjadi juga kepada para kontraktor, operator pengangkutan, akauntan, petani, dan lainnya. Para pembeli selalu memilih transaksi yang menurut mereka paling menguntungkan, mereka memiliki kebebasan untuk memilih. Tidak ada perlindungan produk seperti lesen, ataupun cukai tarif untuk menghambat orang-orang yang bergiat aktif mengaut keuntungan dan memulakan perdagangan. Taraf hidup masyarakat mula meningkat, dan tak lama kemudian orang ramai pun tidak mampu membayangkan sebuah sistem perdangan tanpa wang.

Setahun kemudian, Fabian pun mula mendatangi orang-orang yang berhutang kepadanya. Orang-orang tertentu memiliki koin emas lebih dari yang mereka pinjam, tetapi ini bererti ada orang lain yang memiliki lebih sedikit daripada yang mereka pinjam, sebab koin yang dibuat pada awalnya memang terbatas jumlahnya. Orang-orang yang memiliki koin lebih mesti membayar kepada Fabian dan juga 5% bunganya, tetapi mereka kemudian meminjam lagi kepadanya untuk melanjutkan sistem perniagaan di tahun berikutnya.



Sebahagian orang ramai mula menyedari untuk pertama kalinya seperti bagaimana rasanya apabila dibebani hutang. Sebelum mereka boleh meminjam semula daripada Fabian, kali ini mereka harus mencagarkan aset-aset kepadanya, dan dengan itu mereka pun dibenarkan melanjutkan pernigaan selama setahun lagi, iaitu cuba untuk mendapatkan 5 koin lebih untuk setiap 100 koin yang mereka pinjam dari Fabian.

Saat itu, belum ada seorang pun yang menyedari bahawa seluruh masyarakat, sekalipun mengembalikan semua hutang koin mereka, tetap tidak mampu melunaskan hutang mereka kepada Fabian, kerana lebihan 5% koin emas yang merupakan kewajiban mereka untuk dibayar sekali dengan hutang poko sebanyak 100 koin tidak pernah diwar-warkan secara meluas oleh Fabian. Tak seorang pun kecuali Fabian yang mengetahui bahawa adalah satu yang mustahil bagi masyaratkat untuk mampu melunaskan hutang mereka apabila ditambahkan dengan bunga, iaitu wang yang tidak pernah dia edar mahupun dihasilkan.

Memang benar Fabian sendiri juga membuat koin untuk dirinya sendiri dan koin ini akan beredar di masyarakat, namun tidak mungkin dia sanggup menggunakan 5% daripada semua barangan dan perkhidmatan di dalam masyarakat.

Di kedai emasnya, Fabian memiliki sebuah ruang penyimpanan yang sangat kuat, dan sebahagian masyarakat merasa lebih aman kalau menyerahkan koin emas mereka kepada Fabian untuk disimpan. Fabian akan menagih sejumlah wang tertentu sebagai jasa penyimpanan untuk orang-orang tersebut. Sebagai bukti atas deposit emas mereka, Fabian memberikan mereka selembar kertas jaminan.


Orang ramai yang membawa kertas jaminan dari Fabian ini boleh menggunakan kertas itu untuk membeli barangan seolah-olah sama seperti menggunakan koin emas. Dan lama-kelamaan kertas-kertas ini beredar di masyarakat sebagai wang yang sama fungsinya seperti koin emas.

Tak lama kemudian, Fabian menyedari bahawa kebanyakan orang tidak akan menukarkan kembali kertas jaminan deposit mereka dengan koin emasnya.

Dia pun berfikir, “Saya memiliki semua emas di sini dan saya masih juga bekerja sebagai tukang emas. Ini benar-benar tak masuk akal. Ada ribuan orang di luar sana yang akan membayar bunga kepada saya atas koin-koin emas yang mereka gunakan kembali kepada saya dan tidak mungkin mereka tukarkan kembali dengan emas.”

Memang benar, emas-emas mereka bukan milik aku, tetapi emas-emas itu ada di dalam gudang aku, dan itulah yang penting. Aku tidak perlu bersuah payah membuat koin sama sekali, aku hanya menggunakan koin-koin yang telah disimpan mereka di dalam kedai aku.

Mulanya Fabian sangat hati-hati, dia hanya meminjamkan emas dalam kuantiti yang kecil kepada orang ramai untuk digunakan. Namun, lama-kelamaan, kerana terbukti tidak ada berlaku apa-apa masalah, dia pun memberikan pinjaman dalam kuantiti yang lebih besar.

Suatu hari, seseorang memohon pinjaman daripadanya dalam nilainya yang sangat besar. Fabian berkata kepadanya “Daripada membawa koin emas dalam jumlah sebesar itu, bagaimana kalau saya menulis beberapa lembar kertas sebagai jaminan terhadap emas kamu dan juga sebagai bukti deposit kamu berada dalam simpanan aku.” Orang itu pun setuju. Dia mendapatkan hutang yang dia inginkan tetapi emasnya tetap di gudang Fabian! Setelah orang itu pergi, Fabian pun tersenyum, dia mampu meminjamkan emas kepada orang sambil mempertahankan emas di gudangnya sendiri.

Baik teman mahupun orang tak dikenali, mahupun musuh, memerlukann wang untuk meneruskan perniagaan mereka. Selama mana orang ramai boleh memberikan jaminan, mereka boleh meminjamkannya sebanyak yang mereka perlukan. Dengan hanya menulis kertas jaminan, Fabian mampu meminjamkan emas-emasnya berlipat kali ganda sungguhpun nilaian pinjaman emasnya itu adalah jauh berlipat kali ganda daripada emas yang benar-benar dimiliki di dalam gedung simpanannya dan Fabian pula mula malas untuk memikirkan tentang pembuatan emas lagi. Segalanya akan baik-baik saja selama mana orang ramai tidak menukarkan kertas jaminan deposit emas mereka kepada Fabian.

Fabian memiliki sebuah buku yang menunjukkan debit dan kredit dari setiap orang. Perniagaan simpan-pinjam ini benar-benar menguntungkan baginya.


Status sosial Fabian di kalangan masyarakat semakin meningkat secepat kekayaan yang dimilikinya. Dia mula menjadi orang penting, dia harus dihormati. Di dunia kewangan, kata-katanya adalah ibarat sabda Nabi kalaupun bukan firman Ilahi.

Tukang emas dari kota lain mula mengetahui tentang rahsia Fabian dan suatu hari mereka pun mengunjunginya. Fabian memberitahu apa yang dia lakukan, dan menekankan kepada mereka pentingnya kerahsiaan perjalanan sistem ini.

Seandainya rencana ini terbongkar, perniagaan mereka pasti akan ditutup, jadi mereka sepakat untuk menjaga kerahsiaan perniagaan ini.

Tukang emas itu masing-masing kembali ke kota mereka dan menjalankan operasi seperti yang diajarkan oleh Fabian.

Orang ramai menerima kertas jaminan emas sama seperti emas itu sendiri, dan banyak emas yang anggota masyarakat pinjam akan digunakan kembali oleh Fabian. Ketika seorang peniaga ingin membayar kepada peniaga yang lain, mereka boleh menuliskan sebuah nota arahan kepada Fabian untuk memindahkan wang dari akaun mereka kepada akaun peniaga lain, yang akan dilakukan oleh Fabian dengan begitu mudah dan hanya dilakukan dalam beberapa minit sahaja. Sistem ini menjadi sangat popular, dan kertas nota arahan ini pun mula disebut-sebut sebagai “cek.”

Pada suatu malam, para tukang emas dari pelbagai kota mengadakan sebuah perjumpaan rahsia dan Fabian mengajukan sebuah rencana baru. Keesokkan harinya mereka pergi mendekati pemerintah kerajaan dan Fabian berkata, “Kertas jaminan kami telah menjadi sangat popular. Tak perlu diragukan, anda para wakil rakyat juga menggunakannya dan manfaatnya amat jelas dan sangat memuaskan. Namun, sebahagian kertas jaminan ini telah dipalsukan oleh orang-orang tertentu. Perkara ini harus dihentikan!”

Para anggota kerajaan pun mula khuatir. “Apa yang boleh kami lakukan? Tanya mereka. Jawapan Fabian “Pertamanya, adalah tugas pemerintah untuk mencetak wang kertas dengan rekaan dan tulisan yang unik, dan wang kertas ini harus ditandatangani oleh Gabenor. Kami para tukang emas sanggup membayar kos percetakan kertas itu, dan ini akan banyak menjimatkan masa kami daripada kami sendiri menulis kertas jaminan itu.” Para anggota kerajaan berfikir “Ya, memang kewajiban kami untuk melindungi masyarakat dari pemalsuan wang dan nasihat dari Fabian ini kelihatanya memang munasabah.” Dan mereka pun setuju untuk mencetak wang kertas itu.




“Yang kedua”, kata Fabian, “Sesetengah orang juga pergi mengayak emas dan membuat koin emas mereka sendiri. Saya menyarankan agar dibuat satu undang-undang agar setiap orang yang menghasilkan emas sendiri harus menyerahkannya. Tentu saja, mereka akan mendapat ganti rugi koin yang mereka buat dan akan diberikan wang kertas baru.”

Idea ini pun mula dijalankan. Kerajaan mencetak wang kertas baru dengan pecahan $1, $2, $5, $10, dan lainnya. Kos percetakan yang rendah ini dibayarkan oleh parang tukang emas.


Wang kertas ini jauh lebih mudah untuk dibawa dan hanya dalam waktu singkat ianya telah pun diterima oleh masyarakat. Namun, di sebalik kemasyhuran medium transaksi tersebut, ternyata wang kertas dan koin emas yang beredar hanyalah 10% dari nilai transaksi masyarakat. Kenyataan perdagangan menunjukkan bahawa 90% nilai transaksi dilakukan dengan cara pindah buku (cek).


Rencana Fabian berikut mula menampakkan hasilnya. Sehingga saat itu, orang ramai membayar hutang kepada Fabian dengan menggunakan koin emas (wang kertas) mereka. Untuk menarik lebih banyak wang ke gudangnya, Fabian akan membayar para depositor 3% bunga atas emas yang disimpan mereka di gudangnya.

Ramai orang menyangka Fabian meminjamkan semula wang yang digunakan kepadanya. Kerana dia memberi pinjaman kepada orang lain dengan bunga 5%, dan dia membayar para depositor 3%, maka keuntungan Fabian adalah 2%. Orang ramai pun berfikir secara mendalam dan terus membuat kesimpulan adalah lebih baik mendapatkan 3% pembayaran daripada Fabian untuk menjaga emas (wang) mereka, dan mereka pun tertarik.

Jumlah tabungan meningkat dengan cepat di gudang Fabian. Dia mampu meminjamkan wang kertas $200, $300, $400, bahkan sampai $900 untuk setiap helaian $100 yang dia simpankan di dalam akaun depositor. Dia harus berhati-hati dengan ratio 9:1 ini, sebab menurut pengalamannya, memang ada 1 dari setiap 9 orang yang akan menuntut emas mereka. Bila tidak ada wang yang mencukupi tatkala diperlukan, masyarakat akan curiga terutamanya kepada mereka yang telah mendepositkan wang mereka.

Dengan demikian, untuk $900 pinjaman yang diberikan Fabian, beserta bunga 5% dia akan mendapatkan kembali sebanyak $45. Ketika pinjaman beserta bunga ini dibayar balik, Fabian akan membatalkan $900 di kolum debit bukunya dan baki $45 ini adalah menjadi miliknya. Dia dengan senang hati akan membayar bunga $3 untuk setiap $100 yang dimasukkan depositor kepadanya. Ertinya, keuntungan bersih dari Fabian adalah $42! Bukan $2 sepertimana yang dibayangkan kebanyakan orang. Para tukang emas di kota-kota lain melakukan perkara yang sama. Mereka mencipta kredit (pinjaman) tanpa modal (emas) dan menagih bunga atas pinjaman mereka.

Tukang emas sebenanrnya tidak lagi membuat koin emas, pemerintahlah yang mencetak wang kertas dan koin dan memberikannya kepada para tukang emas ini untuk diagihkan. Satu-satunya kos yang Fabian tanggung ialah kos percetakan yang sangat murah. Di samping itu, dia juga membuat pinjaman tanpa modal dan menagih bunga atas pinjaman barunya ini. Kebanyakan orang mengira bekalan wang adalah operasi kerajaan. Mereka juga percaya bahawa Fabian meminjamkan wang dari para depositor kepada peminjam baru, tetapi agak menghairankan mengapa orang lain boleh mendapatkan wang padahal wang para depositor masih tetap tak berkurang. Seandainya semua orang ramai cuba mengambil wang mereka pada masa serentak, penipuan ini bakal terungkai.


Tiada masalah bila pinjaman diminta dalam bentuk wang kertas atau koin. Fabian akan mengatakan kepada pemerintah bahawa populasi bertambah dan barangan baru memerlukan wang baru, dan dia akan tanggung kos percetakan yang mana sangat kecil itu.

Suatu hari seorang cendekiawan pergi menemui Fabian. “Bunga yang kamu tagih ini salah,” katanya. “Untuk setiap $100 yang anda pinjamkan, kamu meminta $105 untuk dikembalikan. Tambahan $5 ini tidak mungkin mampu dibayar kerana ianya tidak wujud.

Petani menghasilkan makanan, industri menghasilkan barang dan lain-lain, tetapi hanya kamulah yang menghasilkan wang. Katakanlah hanya ada dua peniaga di negara ini, dan kita mengupah setiap orang lain bekerja. Kami masing-masing meminjam $100. Kemudian kami tolak $90 untuk upah pekerja kami dan perbelanjaan lain dan kami cuma mendapat $10 dan apabila diganda dua orang makan akan jadi $200. Sekarang untuk membayar duit kamu, kami terpaksa menjual semua hasil barangan kami dengan harga $210 (105+105). Sekiranya salah seorang daripada kami berjaya menjual semua hasil barangannya dengan jumlah $105, yang seorang lagi terpaksa mengharapkan $95 sahaja, ditambah pula barangan yang tidak habis dijual kerana tidak ada duit yang tinggal lagi untuk sebarang pembelian kecuali dia mengajukan pinjaman baru kepada kamu untuk membayar balik duit $10 yang masih tertunggak itu. Sistem ini bermasalah!”



Cendekiawan itu seterusnya berkata “sepatutnya kamu mencetak $105 yang kamu pinjamkan, kamu seharusnya mengedarkan $100 kepada peminjam dan $5 untuk kami belanjakan, dengan cara ini jumlah wang yang beredar sebanyak $105 memungkinkan si peminjam untuk membayar”

Fabian mendengar dengan tenang dan menjawab, “Ekonomi kewangan adalah subjek yang rumit, anak muda seperti kamu memerlukan waktu bertahun-tahun untuk memahaminya. Biarkan saya saja yang memikirkan masalah ini, dan kamu mengurus urusan kamu saja. Kamu harus belajar untuk menjadi lebih efisyen, meningkatkan pengeluaran kamu, jimatkan perbelanjaan bagi setiap kos dan menjadi peniaga yang lebih cerdas. Saya sentiasa bersedia membantu untuk urusan itu.”

Orang itu pun pergi meninggalkan Fabian, tetapi dalam hatinya masih belum diyakinkan. Kelihatannya ada perkara yang tidak beres dengan sistem operasi Fabian, dan pertanyaan yang dia ajukan masih belum dijawab.


Orang ramai menghormati Fabian dan kata-katanya. Dia adalah pakar, orang yang tidak setuju dengannya pastilah orang itu bodoh. Lihatlah betapa negara ini bertambah maju, pengeluaran kita juga terus berkembang, kehidupan kita sudah jauh lebih baik.


Untuk membayar bunga dari wang yang mereka pinjam, para pedagang dan pengusaha meninggikan harga dagangan mereka. Pekerja sentiasa mengkritik gaji yang diterima terlalu rendah dan pemilik perusahaan sentiasa menolak untuk membayar lebih. Petani tidak mendapat harga jualan yang adil dari produk pertanian mereka. Para suri rumah tangga pula komplen tentang harga barang yang tinggi di pasaraya dan kedai-kedai.


Pada suatu ketika, orang ramai akhirnya tunjuk perasaan, perkara yang belum pernah terjadi sebelumnya. Sesetengah orang tidak mampu melunasi hutang mereka dan menjadi miskin. Teman dan saudara mereka pun tidak sanggup untuk memberi bantuan. Mereka lupa kekayaan yang sebenarnya yang masih berlimpah ruah di sekeliling mereka : tanah yang subur, hutan yang kaya, mineral yang berlimpah ruah dan juga ternakan yang sihat. Yang mereka fikirkan sepanjang hari adalah wang yang sentiasa kurang. Mereka tidak pernah mempertikaikan tentang sistem. Mereka percaya kerajaanlah yang sedang menjalankan sistem itu.

Segelintir masyarakat yang mempunyai lebihan wang mula menubuhkan syarikat kewangan mereka sendiri untuk memberi pinjaman. Mereka menawarkan bunga 6% atas simpanan wang orang ramai, lebih baik dari 3% yang ditawarkan oleh Fabian. Namun mereka ini meminjamkan wang mereka sendiri, tidak seperti Fabian yang meminjamkan wang dengan menciptakan kredit tanpa modal.


Syarikat kewangan ini tetap menimbulkan keresahan Fabian dan rakan-rakannya (sekutunya), jadi mereka pun membentuk sayarikat kewangan mereka sendiri. Dalam kebanyakan kes, mereka membeli syarikat-syarikat kewangan saingan mereka itu. Pada akhirnya, semua syarikat kewangan dimiliki oleh mereka atau istilah mudah dalam kekuasaan mereka.


Situasi ekonomi terus merudum. Para pegawai dan pekerja mula yakin majikan mereka memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. Pemilik perusahaan pun menilai pegawainya terlalu malas dan tidak cukup bekerja keras. Semua orang mula menyalahkan orang lain. Kerajaan bingung bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Masalah paling mendesak tentunya adalah bagaimana menolong orang yang paling miskin.


Kerajaan pun memperkenalkan program sosial dan memaksa anggota masyarakat untuk menyumbang ke dalam sistem ini. Perkara ini menaikkan kemarahan sesetengah orang, Mereka percaya kepada gagasan lama bahawa membantu orang seharusnya adalah usaha sukarela, bukan paksaan.

“Peraturan ini adalah tidak lebih hanya satu rompakan yang dilegalkan. Mengambil sesuatu dari seseorang, yang bertentangan dengan keinginannya, walau apapun tujuannya, tidaklah jauh beza dengan mencuri”

Namun orang ramai tak berdaya berbuat apa-apa kerana bila tidak bayar, mereka pula akan dimasukkan ke dalam penjara. Program sosial ini selama beberapa ketika memang membantu keadaan, tetapi kemudiannya masalah kemiskinan muncul kembali dan kos perlaksanaan dan pembiayaan yang diperlukan untuk menjalankan sistem ini terus meningkat begitu juga dengan kos pentadbiran kerajaan sebagai badan pelaksana.

Kebanyakan wakil rakyat adalah orang-orang tulus yang melakukan pekerjaan mereka dengan telus. Mereka tidak menyukai gagasan yang terus-menerus meminta wang daripada orang ramai. Akhirnya, mereka mencari pinjaman dari Fabian dan kawan-kawannya. Namun mereka percaya adalah sukar untuk mencari jalan bagaimana mereka boleh membayar balik hutang-hutang. Ibubapa mula berasa beban membayar kos perbelanjaan sekolah anak-anak mereka. Sesetengah yang lain tidak mampu kalau tidakpun merasa terbeban membayar kos perubatan. Manakala operator pengangkutan pun mula gulung tikar.

Satu demi satu usaha diambil alih kerajaan. Guru, doktor, dan pekerjaan-pekerjaan lainnya mula menjadi tanggungjawab pemerintah.


Tidak ramai orang yang mendapat kepuasan di alam pekerjaannya. Mereka dibayar gaji yang seadanya, namun kehilangan jati diri. Mereka menjadi budak suruhan yang dihasilkan daripada sebuah sistem.

Tidak banyak ruang untuk berinisiatif, sedikit penghargaan di atas usaha peribadi, pendapatan mereka secara relatifnya tetap dan kenaikan pangkat hanya jika orang atasan mereka bersara ataupun mati.



Di tengah-tengah suasana yang seakan-akan tiada harapan, kerajaan akhirnya meminta nasihat daripada Fabian. Mereka menganggapnya sebagai orang bijak dan selalu memiliki penyelesaian berkaitan permasalahan wang. Fabian mendengar keluhan pemerintah dan akhirnya menjawab, “Ramai orang yang tidak mampu menyelesaikan persoalan mereka, mereka memerlukan orang lain untuk melakukannya. Tentu kamu setuju bahawa semua orang berhak atas kebahagiaan dan semua keperluan asas mereka bukan? Satu-satunya cara untuk menyeimbangkan situasi ini adalah dengan mengambil daripada si kaya dan memberikan kepada si miskin. Kenalkan sebuah sistem baru iaitu pajak (cukai). Semakin banyak kekayaan seseorang, semakin banyak dia harus membayar cukai. Sekolah dan hospital seharusnya percuma bagi mereka yang tidak mampu membayar…”

Selesai memberikan nasihat, Fabian pun tidak lupa mengingatkan kerajaan, “Hm, jangan lupa kamu masih berhutang kepada saya. Tetapi baiklah, saya akan membantu kamu. Sekarang kamu hanya perlu membayar bunga kepada saya, Kamu boleh menunda pembayaran hutang pokok saya.”

Kerajaan mempercayai Fabian, dan mereka pun segera memperkenalkan cukai hasil, semakin banyak yang kamu dapatkan, semakin tinggi cukai yang perlu dibayar. Tiada seorang pun anggota masyarakat yang setuju. Namun, sama seperti sebelumnya, mereka terpaksa mengikutinya (membayar cukai) atau masuk penjara.

Peniaga pula terus-terusan terpaksa menaikkan harga jualan barangannya. Para pegawai kembali menuntut kenaikan gaji, bisnes-bisnes mula gulung tikar, ataupun mula mengganti tenaga manusia dengan mesin. Ini menyebabkan pengangguran berlaku dan memaksa kerajaan memperkenalkan pelbagai program-program sosial.

Penstrukturan tarif dan bentuk perlindungan yang lainnya mula diperkenalkan untuk menyelamatkan industri-industri tertentu dari kebankrupan dan menyediakan peluang perkerjaan. Orang ramai mulai bertanya-tanya apakah tujuan sebenar aktiviti pengeluaran, adakah untuk mengeluarkan barangan atau hanya untuk menyediakan pekerjaan?

Di dalam keadaan yang semakin terdesak itu, mereka mula mengawal gaji para pegawai, mengawal harga, dan segala bentuk pengawalan-pengawalan lainnya. Kerajaan pun berusaha mendapatkan lebih banyak wang melalui cukai penjualan, cukai hasil, dan cukai-cukai yang lain. Orang ramai mula menyedari bahawa hasil pertanian yang dihasilkan para petani untuk sampai ke isirumah, sebenarnya sudah lebih 50 jenis cukai yang ditempuhi (dibayar).

Pakar” mulai muncul dan sebahagian daripada mereka dipilih bekerja di dalam kerajaan, namun tahun demi tahun berlalu dan mereka tidak berjaya menyelesaikan satu pun permasalahan, kecuali berita tentang cukai yang perlu “distrukturkan semula” yang mana ianya tidak lebih kepada isyarat sopan untuk kadarnya terus dinaikkan.

Fabian mula menuntut pembayaran bunga pinjamannya, dan semakin lama semakin banyak jumlah cukai yang digunakan untuk membayar balik bunga dan pinjaman kepadanya.

Kemudian muncul pula apa yang disebut sebagai parti politik, masyarakat mula berbalah dan berselisih pendapat tentang parti politik mana yang mampu menyelesaikan permasalahan mereka. Mereka mula bertengkar tentang semua perkara termasuk personaliti ahli politik, idealisme, lambang parti dan pelbagai hal yang lainnya namun tidak pula membincangkan punca sebenar permasalahan mereka.



Di kota tertentu, bunga atas pinjaman yang harus dibayar sudah melebihi jumlah penerimaan cukai tahunan yang mampu dikumpulkan. Bunga-bunga yang baru pun mula diperhitungkan atas bunga yang belum dibayar.

Secara perlahan-lahan kekayaan sebenar negara mula berpindah tangan ke Fabian dan kawan-kawannya dan mereka memiliki cengkaman dan penguasaan yang semakin utuh di dalam kehidupan masyarakat. Namun, penguasaan mereka belum lagi selesai. Mereka menyedari bahawa situasi ini tidak akan benar-benar selamat selagi mana setiap individu dapat dikuasai.

Kebanyakan orang yang menentang sistem ini biasanya dapat disenyapkan dengan cara memberi tekanan di dalam kewangan mereka, atau pun dengan ejekan orang awam. Untuk melakukan ini Fabian dan kawan-kawan membeli semua syarikat akhbar, TV, dan radio dan memilih dengan berhati-hati orang-orang yang akan bekerja di dalamnya. Kebanyakan dari orang-orang ini sebenarnya benar-benar ingin memperbaiki keadaan, tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang diperalatkan. Penyelesaian mereka selalu terarah kepada kesan daripada sesuatu permasalahan, bukannya punca terhadap sesuatu permasalahan.

Pelbagai jenis akhbar, satu untuk sayap kanan, satu untuk sayap kiri, satu untuk kelas pekerja, satu untuk golongan majikan, dan seterusnya. Tidak banyak masalah yang ditimbulkan mengenainya asalkan anda tidak memikirkan punca tentang permasalahan sebenar.

Rencana Fabian sudah hampir ke penghujungnya, tatkala ini seluruh negara berhutang dengannya. Melalui pendidikan dan media massa, dia berjaya mengendalikan dan mengarahkan pemikiran masyarakat. Orang ramai hanya akan berfikir sejauh yang dia inginkan.

Setelah memiliki jauh lebih banyak wang daripada kegunaan seharian, apa lagi yang menyenangkan hatinya? Bagi mereka yang memiliki mentaliti penjajah, jawapannya ialah kuasa, iaitulah kekuasaan mutlak ke atas seluruh manusia. Ahli pemikir dan sarjana digunakan di kaca-kaca televisyen dan media massa dan juga di dalam kerajaan bagi mengiyakan idealisma Fabian.

Ramai tukang emas mengarah ke sana. Mereka sudah merasai bagaimana nikmat menjadi kaya raya, namun perasaan tidak lagi cukup terhadap sesuatu perkara masih lagi menebal. Mereka memerlukan cabaran dan kesenangan baru, dan kekuasaan mutlak ke atas ‘permainan’ agung ini.

Mereka percaya mereka adalah kelompok elit yang menguasai orang lain. “Adalah hak dan kewajiban kami untuk memerintah. Masyarakat tidak tahu apa yang baik untuk mereka. Mereka perlu dikendalikan dan diatur. Memerintah adalah kebolehan azali kami.”


Di setiap penjuru negeri, Fabian dan kawan-kawan memiliki banyak syarikat-syarikat kewangan dan kredit. Memang benar, perniagaan dimiliki secara peribadi dan berasingan. Secara teori mereka menjadi pesaing sesama sendiri. Namun, hakikat sebenarnya mereka semua saling bekerja sama. Setelah berhasil memujuk beberapa orang gabenor, mereka menubuhkan sebuah institusi yang mereka sebut sebagai Pusat Simpanan Wang. Mereka tidak perlu mengeluarkan modal untuk menubuhkannya, mereka menciptakan kredit dengan menggunakan wang deposit masyarakat.




Institusi ini jelasnya sebagai badan yang mengawalselia bekalan wang dan merupakan sebahagian daripada kerajaan. Tetapi anehnya, tiada pula wakil kerajaan yang dibenarkan untuk duduk sebagai Lembaga Pengarah.

Kerajaan tidak lagi meminjam secara langsung daripada Fabian, kerajaan sekarang meminjam dengan cara menerbitkan surat hutang kepada Pusat Simpanan Wang. Jaminan surat hutang ini adalah bagi tujuan penerimaan cukai untuk tahun berikutnya. Ini adalah sebahagian daripada rencana Fabian, iaitu menyingkirkan kesangsian orang ramai kepadanya dengan membuat kesan seolah-olah bekalan wang dikendalikan oleh kerajaan. Hakikatnya, di sebalik semua itu, dialah sang perencana.

Secara tidak langsung, dialah yang mengendalikan kerajaan. Tidak penting siapa yang terpilih sebagai wakil rakyat di dalam kerajaan. Fabianlah orangnya yang berkuasa ke atas wang, iaitu nadi kelangsungan sesebuah negara.

Kerajaan mendapatkan wang yang mereka inginkan, namun bunga dikenakan pada setiap pinjaman. Semakin lama semakin banyak orang ramai yang memerlukan bantuan sosial kerajaan, dan tak lama kemudian kerajaan mula sedar yang mereka berada di dalam kesulitan untuk membayar bunga pinjaman, apalagi pinjaman pokok.

Sebahagian orang mula bertanya, “Wang adalah sistem yang dicipta manusia. Bukankah seharusnya sistem ini boleh diubah supaya wang menjadi pelayan, bukan sebaliknya?” Namun orang-orang sebegini semakin sedikit bilangannya dan suara mereka semakin hilang di tengah-tengah masyarakat yang tidak lagi percaya akan kehidupan boleh dilangsungkan tanpa wang dan bunga.

Pentadbiran berubah, parti yang berkuasa juga berubah, namun polisi asal berterusan. Tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, rencana agung Fabian semakin lama semakin menjadi kenyataan dari tahun ke tahun. Pembuat polisi tidak lagi ada ertinya. Rakyat mula dikenakan cukai sehingga ke paras maksimum, mereka tidak lagi sanggup membayar. Waktunya sudah hampir matang bagi Fabian untuk aksi finalnya.

10% dari bekalan wang masih lagi dalam bentuk wang kertas dan koin. Ini harus dimusnahkan sama sekali tetapi dalam masa yang sama tidak harus menimbulkan kesangsian awam. Selagi masyarakat masih memiliki wang (kertas maupun koin), mereka bebas untuk membeli dan menjual sesuka hati mereka, mereka masih memiliki sedikit kawalan di dalam kehidupan mereka.




Tetapi tidaklah selalunya selamat untuk membawa wang tunai dan koin. Cek pula tidak dapat diterima apabila keluar ke negara tertentu. Oleh kerana itu, sebuah sistem yang lebih baru dan sofistikated perlu difikirkan. Sekali lagi Fabian memiliki jawapannya. Organisasinya akan menerbitkan sebuah kad plastik yang memiliki data pemegangnya: nama, foto, dan nombor pengenalan.

Tatkala kad ini digunakan, peniaga akan menyambungkan komputernya untuk melihat baki kredit dari kad tersebut. Seandainya tiada masalah, pemegang kad ini boleh membeli barang sehingga jumlah limit tertentu.

Pada awalnya pemegang kad dibenarkan untuk berhutang dalam kuantit sedikit sahaja. Seandainya kredit ini dibayarkan dalam sebulan, maka tidak ada bunga yang perlu dibayar. Ini tidak menjadi masalah untuk kelas pegawai dan pertengahan, tetapi bagaimana jika penggunanya ialah peniaga dan penguasaha? Mereka harus menyediakan mesin-mesin, kemudian menjalankan proses kelengkapan dan pemprosesan untuk barang yang akan mereka hasilkan, membayar gaji pekerja, memasarkan barang dagangannya dan membayar kembali hutang mereka. Bila melewati satu bulan, mereka akan dikenakan 1.5% bunga setiap bulan daripada nilai hutang mereka yang mana jumlahnya sehingga 18% bunga setahun jika dikumpul-kumpulkan.

Pegusaha tidak mempunyai pilihan lain kecuali menambahkan 18% ke dalam nilai jualan dagangan mereka (barang akhir naik sebanyak 18%). Namun lebihan wang / kredit (18%) ini tidak pernah dipinjamkan kepada siapapun. Di seluruh negeri, para pengusaha disuruh menjalani misi mustahil untuk membayar kembali $118 untuk setiap $100 yang mereka pinjam, tetapi kelebihan $18 ini tidak pernah diedarkan oleh Bank sejak awal.

Namun Fabian dan kawan-kawan menikmati status yang semakin penting di masyarakat. Mereka menjadi orang-orang penting lagi terhormat. Pengumuman dan pendapat mereka tentang kewangan dan ekonomi telah boleh disamakan dengan sabda Nabi atau firman Ilahi.

Dengan bebanan cukai yang terus bertambah, banyak industri kecil dan sederhana yang mula bankrup. Lesen-lesen khusus diperlukan untuk menjalankan operasi-operasi tertentu, supaya perniagaan-perniagaan kecil yang masih bertahan akan mengalami hambatan tertentu di dalam usaha mereka. Fabian memiliki dan mengendalikan semua perusahaan besar beserta ratusan anak syarikat mereka. Perusahaan anak-anak syarikat itu tampak seperti saingan antara satu sama lain, tetapi dialah yang mempunyai kawalan di balik semua perusahaan dan persaingannya itu. Para pesaing perlahan-lahan dipaksa gulung tikar. Tukang kayu, kontraktor, juriteknik dan industri-industri kecil dan sederhana turut mennghadapi kesudahan yang sama, dibeli oleh syarikat besar milik Fabian yang mempunyai perlindungan khusus daripada kerajaan.

Fabian mahu kad plastik ini untuk menggantikan semua wang kertas dan koin. Rencananya adalah di kala semua wang kertas dan koin dihentikan pengeluarannya, hanya bisnes yang menggunakan kad komputer sahaja dibenarkan beroperasi.

Dia mengetahui bahawa suatu ketika orang ramai akan kehilangan kad mereka dan tidak boleh membeli ataupun menjual sebelum identiti mereka dikenalpasti. Dia ingin agar dibuatkan satu undang-undang : iaitu undang-undang yang mengkehendaki semua orang untuk memiliki nombor pengenalan yang ditatu pada tangan mereka. Nombor ini hanya mampu dilihat di bawah cahaya khusus, yang dihubungkan dengan komputer. Setiap computer pula akan dihubungkan dengan sebuah komputer pusat yang memungkinkan Fabian mengetahui segala transaksi bagi setiap orang…

Translated article by

Dziauddin

7 Mac 2008