Sedar atau tidak, harga dinar emas terus memuncak (dalam erti kata lain USD terus menyusut) Semalam mencapai USD126.4 (RM414) bagi setiap dinar (berdasarkan waktu London jam 11.59pm, 11 Februari). Harga satu dinar emas pada 6 bulan sebelumnya (August 2007) hanyalah dalam lingkungan USD93.1(RM305).
Sila rujuk :http://www.kitco.com/ dan http://www.bnm.gov.my/
Note: USD126.4 = 1 DINAR (didapati daripada USD923 per aunce gold, kemudian dibahagi 7.3 Dinar kerana 1 aunce gold ialah 7.3 Dinar. 7.3 Dinar pula didapati daripada 1 aunce = 31.105g dibahagi 4.25g kerana 1 dinar = 4.25g. Dianggap bahawa Dinar adalah 24 karat, sekiranya 22 karat amaun adalah berkurangan sedikit)
Ini menunjukkan peningkatan harga dinar sebanyak 35.7 peratus diukur mengikut wang kertas Ringgit Malaysia. Sejak USD dihapuskan piawaiannya dengan emas, nilai mata wang ini terus menyusut. Oleh kerana emas diperniagakan di pasaran dunia dalam USD, dinar emas masih dikira mengikut USD. Jika Ringgit Malaysia atau mana-mana mata wang menyandarkan nilainya kepada USD, mata wang itu juga terpaksa turut menyusut nilainya. Sudah banyak bukti dikemukakan, emas adalah sandaran yang paling kukuh dan membawa nilai sebenar. Sebab itulah saranan dibuat supaya dinar emas menggantikan USD. Umat Islam khasnya di negara ini sudah mula mengukur kekayaan dengan dinar emas dan bukan lagi dolar Amerika atau wang kertas lain. Bagaimana penyusutan USD boleh berlaku? Dari manakah sistem wang kertas ini ditentukan nilainya dan mengapa ia terus menyusut? Sejarah menunjukkan sistem ukuran wang kertas terbentuk di Bretton Woods, New Hampshire Amerika Syarikat pada 1944[i], yang melahirkan satu perjanjian atau ikatan satu auns emas bersamaan USD35[ii]. Setiap helai wang kertas USD boleh menebus satu auns emas tulen. Inilah ciri utama perjanjian ikatan wang kertas USD dan ketika itu, hanya wang USD memiliki ikatan langsung dengan emas.
Setiap helai USD ketika itu ada nilai emas tetapi kandungan emas pada wang kertas negara lain bukan ikatan langsung seperti yang ada pada wang kertas USD. Wang kertas negara lain dinilai mengikut sandaran emas dengan diukur kepada nilai USD saja. Juga dalam perjanjian itu, ditetapkan kadar perubahan turun naik nilai USD dibandingkan dengan wang negara lain terhad kepada satu peratus.[iii] Ini bermakna, kadar pertukaran boleh menyusut satu peratus atau meningkat sebanyak satu peratus dalam masa lima atau enam bulan. Oleh itu, pedagang antarabangsa boleh menjangkakan kadar peratus turun naik USD dan ini menjadikan perdagangan antarabangsa lebih stabil dan tidak begitu merugikan mana-mana pihak. Malangnya, kadar perubahan yang tidak menentu sekarang menyebabkan sebelah pihak mengalami kerugian dalam perdagangan antarabangsa. Apakah hubungan sejarah wang kertas USD dengan emas? Perang Dunia Kedua menyebabkan AS mencetak lebih banyak wang kertas untuk membiayai belanja peperangan. Perkara yang sama berlaku di Eropah. Pada 1965, Kerajaan Perancis mengisytiharkan untuk menukar lebih daripada USD300 yang disandarkan dengan emas dalam bentuk emas fizikal.
Ini memeranjatkan AS kerana ia sebenarnya tidak ada emas sebanyak itu untuk dikembalikan. Jika Amerika memenuhi permintaan Perancis, besar kemungkinan negara lain akan turut untuk menebus wang kertas USD dengan emas yang tidak dimiliki. Apakah agaknya yang akan terjadi jika sekarang beberapa negara mula tidak mahu lagi menggunakan USD dan mengembalikan dolar ini ke negara asalnya?
Dunia sebenarnya tahu USD hanyalah wang janji kosong dan emas yang dikatakan ada sebagai sandaran dolar sebenarnya satu pembohongan. Amerika tidak mempunyai emas sebanyak wang kertas yang dicetaknya. Jelas USD adalah mata wang yang tidak mempunyai piawaian dan sebab itulah nilainya terus menyusut. Walaupun sukar bagi kita untuk membayangkan USD tidak ada piawaian, tetapi itulah kebenarannya. USD kini sudah tidak disandarkan lagi dengan emas. Sebelum peristiwa di Institut Smithsonian 1971[iv], perpecahan sistem Bretton Woods mula menular sejak 1967 apabila berlaku penyusutan nilai pound sterling Britain.[v]
Lebih lama sebelum itu, apabila England[vi] gagal memenuhi janji pembayaran emas yang disandarkan kepada pound sterling pada September, 1931[vii], kesannya dunia mencari alternatif untuk menebus emas dan dunia beralih kepada stok emas AS yang akhirnya menyebabkan krisis perbankan pada 1933. Di antara 1967 hingga 1968, perkara yang sama berulang dan kali ini ialah giliran Amerika pula di mana Amerika kehilangan lebih USD3.2 bilion, iaitu bersamaan 20% jumlah simpanan emas Amerika. Pada tahun yang sama, emas simpanan di London terpaksa dijual dengan banyaknya untuk menurunkan harga emas supaya kekal pada kadar USD35 dolar Amerika setiap auns.
Pada 10 Mac 1968, 900 tan emas dijual dengan harga hampir USD$1 bilion, sedangkan jualan harian di Bursa Saham London hanyalah antara tiga hingga lima tan. Emas di Paris ketika itu dijual dengan harga USD44.36, jauh lebih tinggi daripada USD35 piawaian yang ditetapkan di Bretton Woods. Kini harganya sudah mencecah USD900.00 setiap auns dan dijangkakan terus meningkat sehingga ke paras USD1000 pada beberapa tahun akan datang memandangkan suasana ketidak stabilan geo-politik seluruh dunia memaksa Amerika memainkan peranan campurtangannya yang lebih lama. Dalam erti kata lain, proses campurtangan di setiap negara akan semakin berlarutan terutamanya di Iraq, Iran, Afghanistan, Korea Utara, Palestine dan yang terbaru adalah di Sudan dan seterusnya peningkatan perbelanjaan terhadap propaganda dan militer.
Kembali semula pada Disember 1971, Presiden Richard Nixon[viii] bertemu Presiden Perancis, Georges Pompidou[ix] di Azores[x] bersama-sama Henry Kissinger[xi], Connally[xii] dan Volcker[xiii]. Pada pertemuan itu, Nixon bersetuju menyusutkan nilai dolar dibandingkan emas dan pada waktu yang sama, Pompidou bersetuju tidak memohon pertukaran dolar kepada emas. Pompidou dan Nixon bersetuju supaya dolar Amerika disusut nilai 8.6 peratus daripada USD35 kepada USD38 bagi setiap auns. Susut nilai terus berlaku kepada mata wang Eropah yang lain termasuk pound sterling. (Untuk perbezaan : USD35/aunce (1971) kepada USD605/aunce(2006). Mengejutkan?)
Pada Jun 1972, Bank Pusat England menjual USD2.6 bilion bagi menstabilkan pound sterling. Inilah senjata biasa yang digunakan bagi menurunkan nilai emas dan membiarkan pound sterling diperniagakan pada peringkat antarabangsa. Sekarang, pedagang amat sukar untuk mendapatkan emas fizikal. Apa yang diperniagakan adalah penjualan stok dan saham. Pada waktu yang sama, institusi pelaburan atau dana umum dilarang daripada membeli jongkong emas secara langsung. Jual beli stok perlombongan emas bukan bererti memiliki emas fizikal tetapi hanyalah nilai spekulatif pada bursa saham. Sebarang usaha untuk memiliki emas akan dikaitkan dengan kos yang mahal kerana ia membabitkan kos keselamatan, pengangkutan, insurans dan simpanan. Emas pula tidak boleh 'membiak' seperti wang kertas dan tidak meransangkan untuk orang awam memiliki emas.
Peristiwa pada 15 Ogos 1971 menandakan titik bermulanya kerosakan dan kehancuran sistem kewangan kertas dunia. Ini disebabkan keterikatan dan tambatan USD tidak lagi berlaku tetapi sebaliknya ia diapungkan dipasaran terbuka setelah termeterainya Perjanjian Smithsonian[xiv]. Ahli ekonomi terkenal, Lyndon LaRouch[xv] juga meramalkan kehancuran dolar Amerika dan Vadillo pula menyatakan sistem dolar Amerika sudah remuk ibarat kayu yang sudah dimakan anai-anai. Kayu yang diserang anai-anai nampaknya masih baik tetapi sebenarnya telah reput di dalamnya. Begitulah sistem ekonomi kapitalis dolar Amerika. Sebenarnya masyarakat dunia hanya menunggu masa menyaksikan kehancuran dolar Amerika seperti yang pernah berlaku kepada pound sterling pada 1933 dan 1967. Sistem kapitalis Barat yang beroperasi sekarang membawa banyak kerosakan seperti apa yang pernah berlaku kepada negara Asia Tenggara ketika krisis kewangan 1997-98 dan seperti yang berlaku kepada Argentina, Mexico dan Russia.
Apakah jaminan yang kita boleh pegang perkara yang sama tidak boleh berlaku kepada USD? Sedangkan semua tanda menunjukkan sistem kapitalis dengan dolar Amerika menjadi tulang belakangnya akan runtuh. Sistem kapitalis yang berteraskan riba terbukti lebih banyak membawa mudarat daripada kebaikan kepada dunia, khasnya umat Islam di seluruh dunia. Dalam menghadapi kemungkinan kehancuran dan penyusutan nilai dolar Amerika secara berterusan, umat Islam mesti bersedia mencari alternatif. Kita tidak boleh lagi terus menyokong sistem kewangan yang jelas lebih banyak membawa kemudaratan kepada dunia.
Umat Islam mesti berhenti daripada terjebak dengan helah kapitalis supaya kita 'mengIslamkan' sistem kewangan kapitalis, seterusnya melambatkan keruntuhan sistem mereka. Sebenarnya umat Islamlah yang bertanggungjawab mempertahankan sistem kufar ini daripada runtuh kerana begitu banyak wang umat Islam dari negara Arab khasnya disimpan di London dan New York. Ketahuilah bahawa Allah SWT dan Rasul-Nya mengisytiharkan perang terhadap riba[xvi] dan sesungguhnya tidak ada kekuatan yang boleh menandingi kekuatan Allah.
Sistem ekonomi kapitalis berteraskan riba dan rosaknya dolar Amerika akan memudahkan lagi kehancurannya. Sekiranya ekonomi dunia membuat jangkaan dolar Amerika akan terus menyusut nilainya, mengapakah kita tidak mengambil langkah untuk melindungi harta kita? Umat Islam, khasnya negara kita selaku ketua kepada negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), mestilah mengorak strategi bagi menjaga kesejahteraan negara masing-masing. Pemimpin negara Islam mesti memulakan pembentukan dana simpanan negara dalam dinar emas. Negara Islam mesti juga menjadikan dinar emas sebagai mata wang negara masing-masing kerana dinar emas tidak mempunyai identiti kenegaraan dan ini menyatukan umat Islam. Apabila umat Islam mempunyai wang sendiri, sudah tentu negara Islam akan menjadi lebih berdikari dan seterusnya melepaskan kebergantungan kepada sistem kapitalis berteraskan dolar Amerika.
Dengan adanya dinar emas sebagai wang negara Islam, umat Islam tidak perlu lagi menghantar kekayaan kita untuk dipegang di London atau New York. Buat masa ini, kekayaan negara umat Islam diukur dengan simpanan dalam dolar Amerika yang disimpan di London. Malangnya kekayaan yang kononnya lambang kemewahan negara digunakan orang lain untuk terus menjana kekayaan negara melalui sistem kapitalis Barat. Adalah wajar umat dan negara Islam kembali meletakkan kekayaan negara masing-masing diukur dalam dinar emas dan secara beransur-ansur dikurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika. Persoalan yang paling besar sekali dan paling mencabar sekali ialah: siapakah yang akan mengambil jalan pendahulu kearahnya? (Dlm erti kata yang sebenar dan realistiknya: Dunia Islamkah atau dunia Barat?)
Dziauddin
(13 Februari 2008)
[i] The Bretton Woods system of international monetary management established the rules for commercial and financial relations among the world's major industrial states. The Bretton Woods system was the first example of a fully-negotiated monetary order intended to govern monetary relations among independent nation-states. Preparing to rebuild the international economic system as World War II was still raging, 730 delegates from all 44 Allied nations gathered at the Mount Washington Hotel in Bretton Woods, New Hampshire for the United Nations Monetary and Financial Conference. The delegates deliberated upon and signed the Bretton Woods Agreements during the first three weeks of July 1944. Setting up a system of rules, institutions, and procedures to regulate the international monetary system, the planners at Bretton Woods established the International Bank for Reconstruction and Development (IBRD) (now one of five institutions in the World Bank Group) and the International Monetary Fund (IMF). These organizations became operational in 1946 after a sufficient number of countries had ratified the agreement. The chief features of the Bretton Woods system were an obligation for each country to adopt a monetary policy that maintained the exchange rate of its currency within a fixed value—plus or minus one percent—in terms of gold; and the ability of the IMF to bridge temporary imbalances of payments. In the face of increasing strain, the system collapsed in 1971, following the United States' suspension of convertibility from dollars to gold.
[ii] http://www.gtfforex/ .com
[iii] ibid
[iv] The Smithsonian Institution is an educational and research institution and associated museum complex, administered and funded by the government of the United States. With most of its facilities located in Washington, D.C., it comprises 19 museums and seven research centers, and has 142 million items in its collections.
[v] In the mid-1960s the pound came under renewed pressure since the exchange rate against the dollar was considered too high. In the summer of 1966, with the value of the pound falling in the currency markets, exchange controls were tightened by the Wilson government. Among the measures, tourists were banned from taking more than £50 out of the country, until the restriction was lifted in 1970. The pound was eventually devalued by 14.3% to US$2.41 in November 1967.
[vi] Prior to World War I, the United Kingdom had one of the world's strongest economies, holding 40% of the world's overseas investments. In common with all other world currencies, there is no longer any link to precious metals. The U.S. dollar was the last to leave gold, in 1971. The pound was made fully convertible in 1946 as a condition for receiving a U.S. loan of US$3.75 billion in the aftermath of World War II.
Pound sterling was used as the currency of the British Empire. As this became the Commonwealth of Nations, dominions introduced their own currencies (such as the Australian pound and Irish pound) — first pegged to sterling, and later breaking parity (Australia in 1931 and Ireland in 1979).
[vii] In an attempt to resume stability, a variation on the gold standard was reintroduced in 1926, under which the currency was pegged to the gold price at pre-war levels, although people were only able to exchange their currency for gold bullion, rather than for coins. This was abandoned on September 21, 1931, during the Great Depression, and sterling devalued 20%.
[viii] Richard Milhous Nixon (January 9, 1913 – April 22, 1994) was the 37th President of the United States, serving from 1969 to 1974
[ix] Georges Jean Raymond Pompidou (July 5, 1911 – April 2, 1974) was President of France from 1969 until his death in 1974. He was born in Montboudif, Cantal, France.
[x] The Azores are an archipelago of Portuguese islands in the middle of the Atlantic Ocean, about 1,500 km from Lisbon and about 3,900 km from the east coast of North America.
[xi] Henry Alfred Kissinger (born Heinz Alfred Kissinger on (May 27th, 1923) is a German-born American diplomat, Nobel laureate and statesman. He served as National Security Advisor and later Secretary of State in the Nixon administration, continuing in the latter position after Gerald Ford became President in the aftermath of the Watergate scandal.
[xii] John Bowden Connally, Jr. (February 27, 1917 – June 15, 1993), was a powerful American politician from the state of Texas. He was first a member of the Democratic Party and, in 1973, he switched allegiance to the Republican Party. In 1961, President John F. Kennedy named Connally Secretary of the Navy. The Republican President Richard Nixon appointed Connally, a Democrat, as United States Secretary of the Treasury in 1971. That year he famously told a delegation of Europeans worried about exchange rate fluctuations that the dollar is "our currency, but your problem." [1] He served as secretary until 1972.
[xiii] Paul Adolph Volcker (September 5, 1927 - ) born in Cape May, New Jersey, is best-known as the Chairman of the Federal Reserve under United States Presidents Jimmy Carter and Ronald Reagan (from August 1979 to August 1987). Educated at Princeton, Harvard and the London School of Economics, from 1969 to 1974 Mr. Volcker served as under-secretary of the Treasury for international monetary affairs. He played an important role in the decisions surrounding the US decision to suspend gold convertibility in 1971, which resulted in the collapse of the Bretton Woods system. In general he acted as a moderating influence on policy, advocating the pursuit of an international solution to monetary problems. After leaving the US Treasury, he became president of the Federal Reserve Bank of New York from 1975 to 1979.
[xiv] By 1970, however, it was clear that the exchange rate regime was under threat, as the United States dollar was greatly overvalued because of heavy American spending on Lyndon B. Johnson's Great Society and the Vietnam War. The American economy was also coming under serious inflationary pressures. In response, on August 15, 1971, Richard Nixon had the United States unilaterally devalue the United States dollar. The United States then entered negotiations with its industrialized allies to appreciate their currencies. Meeting in December 1971 at the Smithsonian Institution, the Group of Ten signed the Smithsonian Agreement. In the Agreement, the countries agreed to appreciate their currencies against the United States dollar.The Smithsonian Agreement ended the world's fixed exchange rate regime and replaced it with a floating exchange rate regime
[xv] Lyndon Hermyle LaRouche, Jr. (born September 8, 1922) is an American political activist and founder of several political organizations in the United States and elsewhere.
[xvi] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (2:279)
4 ulasan:
Kebergantungan OIC dll negara kpd USD telah lama merosakkan akar ekonomi kita. mungkinkah Malaysia berani mengalihkan nilia wang berpandukan nilai emas? tindakan berlu hikmah dan bijaksana, kita kena buat sikit2, menjadi pelopor kpd sistem dinar yang lebih kukuh. apa alternatif terbaik? mungkin ada cadangan?
Kalau ustaz perhatikan currency bagi dolar semakin menjunam dan nilai emas baru-baru ini meningkat dengan mendadaknya (sekarang pun dan lebih 1000 dolar per aunce (masa saya beli sekitar 600 dolar per aunce), menunjukkan keruntuhan dolar semakin hampir. Apakah persediaan kita? Bagi mereka yang mempunyai duit lebih boleh la menyimpan kijang emas.
Sahabat saya baru-baru ni pergi menunaikan haji hanya menukarkan 4 keping kijang emas sahaja sebagai tambang dan perbelanjaan.
askum,ustaz saye dulu amik sastera pun kene bace 2x hikayat ustaz yg bebetul panjang la tu.huhu.baru pahm...
Wslm,
Tu tandanya saya tak berapa bagus dalam bab2 kesusasteraan nih, tgh belajar dgn Ust Nawawi...Anyway, it is a translated article..takut nak ubah ayat terlalu banyak..takut lari maksud.
Catat Ulasan