Selasa, 24 November 2009

Ekspo Pengguna MITC Melaka: Mana hilangnya peniaga Melayu?


Hanya 1% peniaga bumiputra di Ekspo Pengguna di MITC Melaka. Dengan hanya sekali pemerhatian, 1% peniaga bumiputra bukanlah "result" yg sukar diperolehi mahupun untuk dipercayai. Jika anda lihat mana-mana outlet di sana hanya ada satu gerai bumiputra berbanding berpuluh2 ataupun mencecah ratusan outlet. Jika 1 outlet daripada 100 outlet maka sudah tentu resultnya 1% dan saya merasakan outlet di sana mencecah 100 outlet dan dgn itu saya yakin hanya 1% peniaga bumiputra di sana. Anda boleh lihat sendiri jika tidak percaya.

Ini bukan perkauman tetapi kenyataan. Jika berhasrat negara untuk terus kekal stabil, perkataan "keseimbangan" antara kaum wajar dibasuh, dicuci dan disidai semula ke dalam otak pemikir-pemikir dan penggubal polisi di peringkat atasan. Seolah-olah dirasakan MITC hanya ingin mengaut keuntungan lumayan setahun sekali daripada penganjuran ekspo yang mereka adakan. Adakah begitu?

3 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Berapa sewa tapak?

Dziauddin berkata...

Cik Sebol nak booking untuk tahun depan ke?

Hasbullah Pit berkata...

bukan nak sewa tapi nak tau je.

Kalau ianya tinggi sampai ribu2,

ada 2 sebab mengapa melayu tak ada.

1. peniaga tak mampu.

2. peniaga mampu tapi tak rasa worth untuk keluargan ribu2.