The site that promotes the advantages of physical gold particularly the gold dinar as stated in Holy Quran. The coming future, it is hoped that people start to realize its significance and crucial roles that can be played by gold dinar as a stabilizer in economics as well as replacing papers' currency.
Khamis, 12 November 2009
Tiada apa yang boleh gantikan emas
Awal tahun lepas, reserve emas Bank Negara Ethopia telah dikenalpasti sebahagiannya adalah palsu. Perkara ini terbongkar apabila emas yang dibawa masuk ke Afrika Selatan terpaksa dikembalikan semula kerana dikenalpasti sebagai kepingan emas yang hanya disadur di bahagian luar sahaja, manakala di dalamnya adalah besi.
Selepas ini, semua pihak yang memegang emas perlu membuat ujian keaslian dan BNM juga tidak terkecuali. Sedangkan Bank Negara Ethopia pun telah di"kelentong"kan, adalah tidak mustahil individu dan orang perseorangan juga akan dipedayakannya. Masing-masing harus lebih berhati-hati.
China Tungsten pula terang terangan menawarkan kepingan mereka syiling mereka yang mereka dakwa boleh menggantikan emas. Logam campuran aloi tungsten itu didakwa mempunyai ciri ketahanan dan ketulenan yang hampir sama dengan emas itu telah pun mengiklan di dalam website mereka akan penjualan syiling "tungsten aloy"nya.
Cuma apa yang peliknya di sini ialah pelabur/pelanggan/pembeli jenis apa yang ingin dicari oleh syarikat ini? Adakah satu lagi syarikat ejen yahudi yang pada kali ini agak tidak bijak orangnya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan