Isnin, 9 November 2009

Pemegang emas dunia, US, Jerman mendahului


Tiada satu pun negara Islam tersenarai antara "top ten" negara pemegang emas dunia. Agak mengecewakan. Tatkala beberapa individu dan intelektual Islam bertungkus lumus mempromosikan emas sebagai matawang untuk perdagangan, negara-negara di blok barat bertungkus lumus pula di dalam pengumpulannya. US yang acapkali kita mengutuk mereka dek penggunaan dolar yang semakin hari semakin susut nilainya, telah senyap-senyap mendahului negara-negara lain di dalam menyimpan emas, malah ianya adalah 77% daripada keseluruhan 'reserve'nya. Fenomena ini membenarkan lagi teori dajal yang sering dilaung-laungkan oleh beberapa individu pendokong dinar sebelum ini iaitu menghidangkan barang susut nilai kepada orang lain di merata dunia sebaliknya menyimpan emas secara senyap-senyap. Seterusnya, menjayakan lagi misi mereka menawan dunia dengan dolar palsu mereka.

Apapun tidak semua negara mempercayai dolar. Mengikut perkembangan terkini, India telah cuba menembusi "list of top ten largest holder of gold" dengan membelanjakan sekitar 6.7 bilion USD bagi membeli sebanyak 200 tan emas! Dalam hal ini, "salute" sewajibnya diberikan kepada penasihat RBI (Reserve Bank of India)mereka. RBI ternyata melawan arus perdana mentaliti ortodok orang-orang bank yang telah lama menghapuskan peranan emas di dalam kegiatan mereka. Walaupun India negara yang miskin, tetapi orang mereka agak bijak dalam hal ini. Kesannya, tak sampai beberapa bulan, mereka telah pun untung sebanyak USD300 juta kerana pembelian mereka sebanyak 6.7 bilion dolar itu kini telah berharga 7 bilion dolar!

Namun demikian perjanjian terhadap pembelian emas dengan IMF itu adalah ternyata masih jauh dari segi peratusannya berbanding keseluruhan "reserve"nya. Apapun peningkatan emas tetap ada, itu yang lebih mustahak. Sedikit demi sedikit lama lama jadi bukit bak kata orang tua Melayu. Tidaklah diketahui pula apakah perjanjian yang telah dimeterai dengan IMF itu mempunyai motif tersendiri atau adakah konsep "udang disebalik batu" yang mahu diaplikasikan sebagai perangkap yang dipasang IMF?. India harus lebih berhati-hati dalam hal ini. Bukannya su'uzzon tetapi melihatkan kepada "background" mahupun sejarah IMF, tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan hanya kesusahan yang ditanggung dengan pelbagai syarat yang dikenakan kepada pihak yang ingin atau telah berurusan dengan mereka. Dalam kes pembelian emas oleh India ini, kemungkinan teori sebegini adalah amat sukar untuk diketepikan begitu sahaja.

Portugal pula selayaknya diberi gelaran negara yang paling teguh di dunia kerana simpanan emas mereka betul-betul menggambarkan kekayaan yang dimiliki oleh mereka. Ini bermaksud Portugal adalah negra yang mengembangkan ekonominya dengan berpandukan simpanan emas yang mereka ada. Mungkin selepas ini, para pengkaji dinar boleh menyelidiki kenapa Portugal, tidak negara lain? Adakah melibatkan budaya mereka atau mereka memang betul-betul faham akan pentingnya emas di dalam pembangunan ekonomi. Malah, jika kita lihat, bagi kebanyakkan negara barat yang lain, sudah pun melangkaui 50% daripada keseluruhan "reserve"nya adalah daripada simpanan emas dan menunjukkan mereka mempunyai "back up plan" yang paling kukuh, paling strategik dan paling bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Fenomena seperti ini sepatutnya menggusarkan negara-negara Islam secara keseluruhannya.

Malaysia pula bagaimana? Tatkala Tun Mahathir (dan orang-orang di belakangnya yang memberi idea tentang ini) hampir tercabut anak tekak memperkatakan perdagangan dengan nilai emas 10 tahun dulu, sekali lagi istilah "Melayu memang mudah lupa" dipertontonkan apabila BNM sekali lagi menyusutkan simpanan emas mereka sebanyak 59 tan. Terkini, jumlah rizab BNM sekitar 12 tan sahaja berbanding 72 tan sekitar 1990-1999 (www.thedti.gov.za). Sudahlah jauh daripada top ten list, menyusut pula. Harap-harapnya Malaysia akan cepat-cepat bangkit dari lamunan ini!

1 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Kadang kalau fedup juga cerita fasal rizab emas bank negara.
Tak bergerak pun.

Ada baikknya kita kempen rizab emas adalah pada individu rakyat Malaysia.