Perasaan marah, geram dan sedih bercampur baur dalam lubuk sanubari setiap manusia di Malaysia mahupun di luar Malaysia yang mengamati perkembangan tragedi ini. Melihat dan mendengar punca-punca tragedi kes ini amat-amat tidak boleh diterima akal oleh seorang manusia normal apatah lagi manusia menggelarkan dirinya muslim. Marah dan geram dek perilaku ala holicaust yang sedang menerkam dan membaham mangsanya itu tidak layak langsung untuk diperdengarkan dan dipertontonkan di zaman yang mendakwa mereka zaman ketamadunan ini. Namun itulah yang telah berlaku dan ironinya ia adalah satu tragedi yang berulang-ulang seakan-akan menjadi satu kelaziman untuk perkara itu berlaku saban tahun jika tidak beberapa kali setahun. Terasa baru saja kisah Nurin Jazlin yang dirobek kemaluannya sehingga merubah paras wajahnya (sehinggakan bapanya sendiri tidak dapat cam) dan sekarang pula tragedi Syafiah yang pecah perutnya, rosak buah pinggang dan otak..masya Allah!. Tiada perkataan yang layak dapat digambarkan terhadap perilaku yang sejuta kali lebih teruk dari haiwan dan syaitan ini!
Pelbagai luahan dan reaksi diterima sebaik khalayak mengetahuinya. Namun, apa yang pasti, kesemuanya menjurus kepada kutukan terhadap perilaku tersebut. Tidak kurang juga persoalan ibunya juga harus dihukum kerana membiarkan anaknya terus didera sedangkan dia menyedarinya dan polis pula mengatakan ianya adalah penderaan yang sudah lama dan berterusan tetapi tidak sedari oleh khalayak ramai kerana mungkin disembunyikan oleh mangsa mahupun keluarga si mangsa atas sebab-sebab sesuatu seperti diugut/diancam.
Difahamkan juga, ibu Syafiah telah lama menjalani kehidupan seperti suami isteri dengan si suspek walaupun mereka tidak pun bernikah malah telahpun mempunyai anak luar nikah mereka sendiri yang sudah pun menjangkau lebih setahun. Kehidupan ala holllywood in seakan-akan beransur-ansur meresapi kehidupan Melayu Islam dan satu tindakan post mortem harus diambil dan disiasat bagaimana "fenomena" ini dibiarkan berlaku. Adakah kehidupan Melayu Islam di Malaysia ini perlu mendapat kajian semula berikutan kes ini atau bagaimana? Atau adakah ianya kes-kes terpencil. Jangan diambil mudah perkara ini. Contoh di Malaysia mnemang sudah banyak, namun dikhuatiri ianya juga berleluasa juga di kalangan orang-orang Islam.
Dengan sambutan Maulidurrasul belum pun reda, kejadian seperti ini tidak selayaknya berlaku. Atau adakah sambutan sekadar sambutan tanpa sebarang pengisian yang betul-betul boleh membawa penghayatan kepada umat Islam itu sendiri. Atau umat Islam perlukan satu mekanisme pengawalan yang baru? Sesungguhnya tragedi ini bakal menempa satu lagi sejarah hitam di Malaysia dan satu tindakan drastik kepada umat Islam sewajib dilakukan agar peranan institusi keluarga tidak berterusan gagal dimainkan dan kegagalan itu seharusnya juga mempunyai kaitan yang rapat dengan kegagalan msyarakat kita untuk menerapkan amalan-amalan syariat Islam dan sunnah Nabi. Kerajaan wajib bertindak sesuatu dan merangka pelan berdasarkan syariat Islam yang syumul untuk kesejahteraaan dalam tempoh yang panjang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan