Kita dihadapkan dengan kenaikan harga gula dan harga tepung akibat penarikan subsidi oleh kerajaan. Ini bermakna tiada lagi harga tepung bersubsidi berharga RM1.35 sekilo di pasaraya Mydin (pasaraya yang terkenal dengan kemurahan harganya) dan pasaraya-pasaraya yang lain juga. Harganya bakal melonjak sekitar RM2.00 atau lebih. Ini sudah tentunya memberi kesan langsung kepada penggemar-penggemar roti Gardeneer mahupun Hi-fi yang skrg sudah pun naik ke RM2.30 sebungkus. Kenaikan sebanyak 20 sen iaitu 9% melebihi kenaikan gaji sebanyak 4.5-5% setiap tahun bagi pekerja kerajaan. Itu baru satu item, bagaimana barangan yang lain. Begitu juga gula. Walaupun ianya dikawal sekian lamanya, tetap naik juga. Juga bakal melonjak sekitar RM1.70. Isu kenaikan ini bukan isu baru. Bagi mereka yang sudah mengkaji fenomena ini sekian lama, memang tidak menghairankan kerana ianya hanya berpunca dari satu sebab iaitu duit.
Teori kenaikan harga. (Berubah ke kanan di sepanjang keluk permintaan)
Bila kita belajar ekonomi, pelbagai teori dikemukakan. Antara yang paling masyhur ialah disebabkan shortage di pasaran akibat peningkatan permintaan mahupun akibat kekurangan penawaran. Itu semua orang sudah tahu, tapi ramai juga yang terlupa bahawa ayat penyata teori itu bukan terhenti di situ sahaja. Ada lagi penyambungannya iaitu apabila terdapat shortage, pengeluar lambat laun akan menyedarinya dan mula menambahkan pengeluaran maka dengan itu harga yang naik itu tadi akan kembali kepada normal. Ini ramai yang buat-buat lupa. Pendek kata teori itu menyatakan kepada kita bahawa harga naik hanyalah bersifat sementara bukan tetap sifatnya. Maknanya harga gula yang naik ke RM1.70 atau harga tepung yang naik ke RM2.00 itu tadi mesti akan turun semula ke harga asalnya. Ini kenyataan! Ini teori yang dah dipakai berkurun-kurun lamanya! Bahkan ianya bukan setakat teori tetapi ahli ekonomi menyatakan ianya adalah undang-undang permintaan dan penawaran.
Teori lain kenaikan harga. (Keluk permintaan dan penawaran berubah ke kanan)
Teori lain pula menyatakan bahawa harga naik disebabkan seribu macam faktor seperti cuaca, stail pengguna, keutamaan pengguna, jenis pengguna, jenis pasaran dan lain-lain lagi. Namun kesemuanya bersetuju bahawa harga akan kembali kepada normal.
Namun apa yang berlaku sekarang kesemuanya bertentangan dengan teori atau undang-undang permintaan dan penawaran di atas. Kenapa? Sebab ianya disebabkan duit bukannya teori di atas! Kepada sesiapa yang mengatakan harga naik tiap-tiap tahun sebab permintaan yang sentiasa meningkat ataupun pengeluar tidak mampu menambahkan pengeluaran, memang dia belajar ekonomi tak habis atau pun buat-buat faham ekonomi. Ini amat jelas, kenaikan harga adalah setiap tahun dan tiada tanda-tanda munasabah harga akan kembali kepada yang asal. Adakah selepas ini kita akan berhujah pula fenomena ini adalah berpunca daripada inflasi? Sesungguhnya ramai lagi yang kurang faham dan buat-buat tidak faham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan