Jumaat, 29 Januari 2010

Roti tampal Batu Berendam


Kedai minum pagi paling berjaya di Melaka iaitu kedai roti tampal Batu Berendam yang telah menjangkau usia lebih 20 tahun. Saya merasakan ianya adalah contoh terbaik peniaga bumiputera paling berjaya di dalam kategorinya.

Temubual ringkas dengan pekerjanya semalam, dianggarkan kira-kira RM1,300 sehari pendapatan diperolehi dan menjadi sekali ganda di hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Ini bererti lebih RM2K pendapatan sehari di hujung minggu. Antara menu yang disediakan amat ringkas sekali iaitu roti tampal (dan segala macam roti yang lain), telur setengah masak dan nasi lemak sahaja. Namun, lebih kurang 500 keping biasanya habis terjual dan dipesan oleh pelanggan dan pada hari Sabtu dan Ahad akan mencecah sehingga 1,000 keping.

Jikalau dikira semula pendapatannya sebulan adalah lebih kurang RM40,000 dan sekiranya keuntungan bersih adalah sekitar 30% daripada pendapatan kasar iaitu setelah ditolak kos (termasuk gaji pekerja), RM12,000 ke RM13,000 berjaya diperolehi dengan hanya berniaga roti tampal. Gaji RM12,000 -RM13,000 ini telah jauh mengatasi gaji seorang Profesor Madya di IPTA mahupun seorang Pegawai Daerah atau Pengarah sesebuah jabatan kerajaan yang hanya lingkungan RM7K-8K sahaja. Malah menghampiri gaji seorang professor + elaunnya, iaitu jawatan tertinggi yang diidamkan bagi sesetengah golongan akademik. Maka tidak hairanlah ianya saya katakan peniaga bumiputera paling berjaya di Melaka dan mungkin di Malaysia!

Di internet ramai memperkatakannya.
Ada juga di wikimap untuk lokasinya,

Tiada ulasan: