The site that promotes the advantages of physical gold particularly the gold dinar as stated in Holy Quran. The coming future, it is hoped that people start to realize its significance and crucial roles that can be played by gold dinar as a stabilizer in economics as well as replacing papers' currency.
Rabu, 16 Disember 2009
Anak bini: wajarkah mengiringi laki mereka?
Berbaloikah anak bini seorang ahli politik mengikut trip laki mereka ke luar negara atas urusan rasmi? Berbaloikah puluhan ribu dibelanjakan ke atas bini mereka yang kelihatannya tidak mempunyai kaitan terhadap urusan rasmi tersebut? Layakkah bini-bini kepada ahli politik diperuntukkan sejumlah wang yang agak besar untuk menemani laki mereka di luar negara? Tidakkah mereka menyedari isteri kepada perajurit sanggup berkorban dengan merelakan para suami mereka meninggalkan mereka untuk urusan kerja mereka di luar negara walaupun berbulan lamanya? Tidak bolehkah mereka duduk diam-diam di rumah menunggu saja laki mereka pulang yang paling lama seminggu itu? Ataupun jika bosan menunggu sekalipun, bolehlah menaburkan apa yang patut darpada harta lebihan mereka itu kepada orang-orang yang amat-amat memerlukan pertolongan mereka seperti badan-badan kebajikan, rumah anak yatim mahupun org tua disekitar mereka? Kenapa hendak menyibuk dengan urusan rasmi kerajaan di luar negara itu? Entahlah..tiba-tiba terlintas persoalan ini tatkala melihat bini-bini kepada ahli politik bergembira menemani laki-laki mereka di kaca televisyen sebentar tadi. Layakkah mereka? Berbaloikah ianya? Tatkala ini perasaan geram dan kecewa bercampur baur. Mana perginya slogan seperti "lead by example"?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Kalau pergi persidangan APEC atau G20 atau Chogm, dimana semua pemimpin bawa bini.
Maka perlulah bawa bini
Boleh bawa bini tapi guna duit sendiri
Betulah ustaz.. jauh beza pemimpin hari ini dengan khalifah Islam.. beza macam langit dengan bumi! berpuluh ribu tu kalau bagi kepada orang miskin lagi bagus
itu sbb saya kata, kalau nak betul2 berjimat2 dlm erti kata sebenarnya..hapuskan elaun bini2 tu tadi..
Catat Ulasan