Ahad, 20 Mac 2011

Botol Susu Dr Brown - BPA free


Tak mahu tunggu lama dan menanggung risiko, saya dan isteri bergegas ke Mall utk melihat botol susu yang bebas BPA. Tak banyak pilihan yang ada dan alternatifnya pula tersangat mahal. Akhirnya setelah lama membelek, botol susu Dr Brown adalah yang termurah dalam banyak-banyak botol susu yang bebas ancaman BPA. Murah-murah pun dalam RM49.00 juga harganya.

Begitulah sekarang, keselamatan dan nyawa bukanlah lagi sesuatu perkara yang murah dan mudah didapati. Agaknya, kerajaan extend selama setahun untuk mnegharamkan botol susu yang ada sekarang ini kerana nak bagi peluang kepada pengilang untuk mengahabiskan stok yang ada supaya stok botol susu yang bebas BPA ini nanti boleh dijual dengan harga murah. Tapi mana logiknya ya?..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perlu ingat, pengilan2 bukan sahaja jual botol2 tersebut di malaysia. Ada negara2 yang BPA masih halal.

Perlu tau bahawa issue BPA ini telah lama. Semua botol2 buatan Eropah & Amerika dah BPA free. Bila BPA free, harga mahal lah sikit.

Nanti complain pulak harga mahal?


Mat Bonk.