Orang biasa-biasa apabila dilayan seperti VVIP sememangnya berasa sangat teruja. Tatkala itu mungkin isi hatinya memberitahu; "wah seronoknya menjadi VIP, patutlah kebanyakkan orang apabila memegang jawatan besar-besar agak sukar untuk melepaskannya kecuali sedikit di kalangan mereka..mungkin. Semalam, situasi itu saya rasai. Saya dan beberapa orang staf UiTM Johor yang lain akan berpindah ke kampus pilihan masing-masing. Saya amat bertuah apabila permohonan saya bertukar ke kampus UiTM Melaka dipenuhi pihak pentadbiran. Malah, kami diraikan pula dengan majlis perpisahan di dalam dua majlis yang berasingan dalam hari yang sama! Di sebelah pagi, pihak pentadbiran mengadakannya di Ledang Inn manakala di sebelah petangnya pula diadakan di Hotel Pelangi anjuran Kelab Pensyarah UiTM Johor. Memang kami tidak menjangkakan sungguh akan sambutan seperti ini diberikan kepada orang kebanyakkan seperti kami. Apatah lagi saya tidak pun sampai dua tahun berada di sini berbanding kebanyakkan staf yang lain ada yang sehingga 10 tahun mahupun menjangkau ke 20 tahun baru dapat berpindah ke kampus pilihan masing-masing. Itulah rezeki namanya. Ini semua adalah idea Pengarah Kampus sendiri yang mana kami semua difahamkan ianya adalah majlis perpisahan pertama dilakukan di kampus segamat (bagi staf biasa)dan juga julung-julung kalinya di dalam kampus UiTM seluruh Malaysia. Manakala yang di sebelah petang pula ianya adalah inisiatif oleh kelab pensyarah yang diketuai oleh Prof Madya Shaari yang walaupun sudah melepasi umur pencen tetap bersemangat menganjurkan majlis-majlis seperti ini. Nampak remeh dan kecil, tapi amat besar maknanya bagi kami yang diraikan. Indeed, this is the happiest moment i ever had..
Teringat saat-saat berpindah dari tempat kerja lama dahulu ke UiTM. Berbeza sekali keadaannya ketika itu sehinggakan selepas 3,4 bulan perpindahan, masih ada lagi rakan-rakan di tempat kerja lama bertanyakan.."lama tak nampak ko..mana ko pegi?"
Disebelah pagi (Ledang Inn)
Bukan hanya diraikan malah dapat cenderahati lagi..
Diberi peluang memberi kata-kata akhir..
Bergambar bersama Pengarah dan staf lain yang akan berpindah
Disebelah petangnya pula (Di Hotel Pelangi,Segamat anjuran kelab pensyarah)
Bersama rakan yang juga akan berpisah untuk bekerja di Riyadh
Dapat hadiah lagi..
Kelihatan juga Prof Madya Us. Zaluddin (berkopiah), juga berpindah dan akan ke UiTM NS dan menjawat jawatan Pengarah Kampus di sana.
9 ulasan:
Assalamualaikum ustaz...
ustaz pindah kampus melaka..?
huhuhu....Uitm Johor hilang lg pensyarah yg best2...huhuh....tp xpe...tetap di Uitm kn...hehe
xpe la kn...dekat ngan umah...save masa...save minyak...save duit...hikhik...lbih byk masa utk family tu yg penting...
ape2 pun selamat menjalankan tugas di kampus baru ye ustaz...n dikesempatan ini sy nk ucapkan terima kasih di atas ilmu yg dicurahkn...(^_^)
selamat maju jaya kat awk juga..dah dpt keje lom?
walau pindah ke uitm mana pun din... ni pesan aku... majukan bangsa agama dan negara...
Insya Allah..bila nak dtg rumah aku?
Itulah istimewanya kampus segamat. Jadikan blog ini sebagai tempat kita mengikuti perkembangan masing-masing. Tahniah & selamat bertugas di uitm melakamx5588
T. Kasih Albakri. Selamat menempuhi PhD anda.
Salam.
Tahniah Ust, dapat berpindah ke kampus yang dihajati. Melaka tak jauh, mungkin kita berkolaborasi dalam penyelidikan/penulisan nanti... keep in touch.
HishamMB
Insya Allah..mcm2 benda dlm kepala saya ni yg nak diketengah2kan..moga Alah lapangkan kesempatan yg ada..
Bro..
Sodih yo den dongau keluhan tompat kojo lamo tu...
Aduyai...
Wassalam
A.S.
Catat Ulasan