The site that promotes the advantages of physical gold particularly the gold dinar as stated in Holy Quran. The coming future, it is hoped that people start to realize its significance and crucial roles that can be played by gold dinar as a stabilizer in economics as well as replacing papers' currency.
Ahad, 25 Oktober 2009
Tatkala tarikh kematian diketahui...
Apa perasaan kita apabila kita diberitahu hanya boleh hidup secara saintifiknya selama 6-18 bulan lagi? Terasa dunia ini gelap dan amat kelam sekali. Segala perancangan sebelum ini berkecai dan sia-sia belaka. Perasaan, emosi, psikologi mahupun mental mungkin akan terjelupuk menyembah bumi. Mungkin itulah yang terjadi. Tetapi tidak bagi insan yang bernama Puan Dailiah Tamrin atau juga dikenali Raden Galoh. Beliau saya rasakan amat kuat dan hebat sekali tatkala berhadapan dengan serangan kanser. Bukan sekali serangan itu tetapi 3 kali serangan kanser. Bermula tahun 2004 sehinggalah sekarang, apabila doktor mengesahkan kanser tahap akhir dan hanya boleh hidup sekitar 6-18 bulan lagi, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat beliau di dalam meneruskan kehidupan. Malah, beliau bersyukur amat sangat, kerana disebalik penyakit kanser yang dialami oleh beliau, pelbagai nikmat tidak terhingga dikurniakan oleh Allah swt sama ada explisit mahupun implisitnya. Perubahan sikap kepada yang lebih baik, keakraban adik beradik, kenikmatan di dalam beribadah dan merasai nikmat tuhan setiap kali bangun dari tidur adalah antara nikmat yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini. Saya amat tertarik dengan kata beliau, "kanser bukanlah tentang persoalan kematian tetapi ianya tentang peringatan akan kematian." Dan dalam hal ini, beliau bersyukur, peringatan akan kematian membuatkan dirinya lebih bersedia menemuinya. Begitulah antara sedikit intipati ceramah oleh beliau di UiTM Johor semalam sempena Ceramah Intelektual Siri Ke 6 dan juga sempena bulan Kanser. Saya doakan Puan Dalilah sentiasa tabah dan dikuatkan iman di dalam melawan penyakit kansernya. Sesungguhnya perkara seperti ini betul-betul menginsafkan bagi mereka yang diberi hidayah.
Penulis berbesar hati diberi peluang mempengerusikan majlis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam...
Manusia yang berjaya adalah manusia yang tak akan menyerah kalah kepada setiap dugaan yang diberikan oleh Allah S.W.T... ALLAH menduga mereka, kerana Allah sgt sayangkan mereka.. dan bukan nya benci.. Melalui dugaanlah Allah dpt lihat samada manusia itu kuat ataupun lemah, penyabar atau pun tidak.. Jadi janganlah merasa kecewa dan bersedih atas setiap dugaan yang diberikan oleh Nya.. kerana itulah caranya Allah nk menunjukkan betapa sayangnya DIA kepada manusia yang diberi dugaan.. Sedangkan Prophet S.A.W. kita merupakan antara Nabi yang sangat penyabar orangnya, biar pun menjadi Nabi, Allah sentiasa mengujinya dengan pelbagai dugaan dan rintangan.. dari dicampak kan taik kepada nya(Prophet) sehinggalah ancaman demi ancaman oleh kaum Jahilliyah terhadap nya.. Tapi Nabi sentiasa bersabar.. Jadi ikutlah contoh Nabi kite iaitu Nabi Muhammad S.A.W.... (PEACE UPON HIM) Sabar tidak bermakna kite lemah,tapi itulah kekuatan yang Allah dapat lihat kepada setiap umat yg sentiasa bersabar...
notes: Sabar merupakan JIHAD kecil, tapi kalau kita menjadikan nya amalan sepanjang kehidupan maka, JIHAD yang kecil akan menjadi besar.. lebih kurang macam mati berjihad ke jalan Allah... Islam itu kan mudah.. Jadi SELAMAT BERAMAL!! hehe.... ^_^
Kepada mereka yang inginkan doa termakbul.. sedekahkan lah Al-Fatihah kepada pejuang2x yang menegakkan agama islam.. Insyaallah,seperti yang saya nampak selepas saya mencuba... Segalanya menjadi senang dan mudah... ini kerana, apabila kita mendoakan mereka, nescaya... biar pun mereka telah meninggal dunia tidak kiralah yang telah meninggal beribu-ribu tahun yang lampau... Mereka pun akan mendoakan kita... Insyaallah..
Catat Ulasan