Khamis, 22 Oktober 2009

DDPC diiktiraf..


Alhamdulillah..percubaan pertama saya di dalam IID kali ini tidaklah sia-sia apabila dengan tidak disangka-sangka dapat menggondol "gold medal award" bagi kategori staf. Ini bermakna idea menjadikan dinar dan dirham diaplikasikan ke dalam transaksi harian semakin dapat diterima masyarakat terutamanya golongan akademik. Golongan akademik adalah golongan yang saya rasakan amat kritikal untuk diberi penjelasan akan kehebatan dinar dan dirham apabila ditransaksikan dalan kehidupan seharian. Golongan ini saya merasakan adalah golongan yang paling ideal dan efisyen untuk dijadikan golongan pendesak kepada mana-mana pihak autoriti yang terlibat jika berhajat untuk melaksanakannya di masa akan datang. Atas dasar itulah, saya berusaha untuk memberi kefahaman seberapa ramai yang boleh kepada mereka yang mengunjunginya. Ada di kalangan mereka yang baru hendak faham bagaimana dinar dan dirham boleh diaplikasikan dan sesetengah yang lain berasa ragu walaupun faham hakikat sebenar akan kelebihannya tetapi akhirnya berjaya juga saya meyakinkannya. Terserahlah kepada keyakinan masing-masing. Apa yang paling saya berpuashati ialah tatkala saya memberi penerangan kepada hakim penilai, mereka mengangguk tanda bersetuju dan menyokong terhadap tindakan dan usaha yang sedang saya dan rakan-rakan lain jalankan. Terasa puas di hati, apabila dapat menerangkan objektif dinar dan dirham ini bukan setakat pelaburan yang menguntungkan malah ianya berperanan lebih 1000 kali besar daripada itu. Mudah mudahan apabila semakin ramai golongan akademik menyokongnya, akan mempermudahkan lagi matlamat golongan pencinta dinar untuk merealisasikannya seterusnya berusaha lebih kuat lagi. Ada juga, sahabat-sahabat sekerja yang mengunjungi booth DDPC mencadangkan kepada saya agar satu bank khusus untuk transaksi dinar dilakukan dengan menyediakan satu sistem simpanan emas yang kukuh dan sistem yang berlainan sama sekali dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak bank sekarang. Contohnya memberi pinjaman rumah dengan menggunakan emas daripada bank dinar tersebut. Memang menarik cadangan itu dan sememangnya telah lama juga saya fikirkan tentang itu. Mungkin satu lagi penyelidikan boleh dijalankan. Apapun, percubaan pertama saya di dalam IID UiTM Johor tahun ini amat berbaloi sekali.














Bersama partner, seorang lagi ialah Mohd Nazri dari UMK















Bersama pensyarah senior lain yang turut serta menyertainya

5 ulasan:

Ibnu Abas berkata...

Alhamdulillah... Tumpang gembira atas kejayaan ustaz.. Saya pun berminat nak tahu lebih lanjut tentant aplikasi dinar dan dirham ini. InsyaAllah cuti nanti nak tambah bahan bacaan lagi.

Dziauddin berkata...

Boleh buat dalam tesis akan datang berkenaan tajuk dinar ni..setakat ni saya dah bimbing lebih kurang 6-7 orang pelajar khusus dalam penyelidikan dinar dan dirham dalam tesis mereka

HishamMB berkata...

Salam.

Ust, tahniah. Saya sgt berterima kasih atas penerangan Ust ttg Dinar hari tu, ia betul2 membuka mata... Izinkan saya mencadangkan sesuatu, saya cadangkan team Ust untuk produce/invent satu kerangka konsepsual yang comprehensive dan informative untuk "CSCD" (betul ke nama tu?) card, kalau boleh mengadaptasi game monopoli, supaya approach penerangan lebih santai dan mudah difahami oleh orang kebanyakan seperti saya...

Tahniah Ust dan team, well done!!

Dziauddin berkata...

T.Kasih atas cadangan En. Hisham. Sangat menarik dan insya Allah akan diusahakan. Skrg saya sedang mencari seseorang yang boleh membuat cip pada kad yang boleh disambung terus kepada harga dinar di pasaran. Mungkin juga kita boleh berkolaborasi di masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

tahniah...!!