Pembesar2 negara bercakap pasal MBE, NKRA, NKEA, RMK10. Tapi orang bawahan pula bercakap bagaimana nak cari duit makan untuk esoknya. Kalau ada untung dapatlah makan kais pagi dan petang, jika tidak terpaksalah duduk di bawah jambatan.
Persoalan sini yang dikemukakan bukanlah hendak meremehkan, tapi sebagai peringatan agar tidak terikut-ikut dengan typical standard buatan manusia yang hendak mengejar status negara maju tapi ramai yang masih hidup dalam kemelaratan. Amerika dibangga2kan kononnya maju. Walaupun "konon" maju, dunia tetap mengiktirafnya maju yang "benar" sedangkan bertrilion hutangnya, beribu "homeless" rakyatnya, berdefisit balance of paymentnya, dan berbilion perbelanjaan mengatasi KDNKnya. Ada yang hidup dalam terowong air, ada yang hanya berselimut di kaki lima jalan-jalan di New York ataupun berkhemah di hujung-hujung garden park. Cumanya mereka elok sikit sebab ada baju sejuk yang tebal dan mahal (bila jual di kedai bundle di Malaysia, mahal sebab import, tebal dan nilai dolar yang tinggi berbanding ringgit) lalu tak nampak kelemaratannya. Suasana ini diabaikan kerana ianya tidak masuk standard penilaian negara maju. Adakah kita bersedia dengan acuan maju kita sendiri atau berterusan menggunakan "moulding" negara maju buatan barat? Laratkah kita menahan telinga mendengar sinisan kata-kata seperti negara maju rakyat melarat!
3 ulasan:
salam.. ustaz, icon "ahlan wa sahlan" sebelah kiri blog menghalang pembaca nak baca.. huhu
Idup ust din..go-go..modify sikit ayat tu kasi lembut hantr surat khabar insyaallah kluar punya. yg lbih pnting rintihan grassroot diberi perhatian.
bab modify tu yg segan sikit..anta je la yang sambung.. letak nama ana sekali...:)
Catat Ulasan