Kadangkala pepatah Melayu mudah lupa memang praktikal.13 tahun lepas dan sebelumnya nilai RM adalah 2.50/dolar. Ketika itu Amerika tidak setenat sekarang yang mana sekarang Amerika berhutang kira-kira 13 trilion dolar. Ironinya dunia masih menganggap Amerika kuasa besar ekonomi. Kasihan dengan mentaliti kita kan.
Apapun yang hendak difokuskan sekarang adalah, nilai RM sekrang adalah RM3.20 per dolar.Dan bagi sesetengah pemimpin sudah menganggapnya sebagai kekuatan nilai RM berbanding dolar. Justeru mereka berpendapat sudah tiba RM boleh diniagakan di pesesir luar negara dengan harapan FDI akan mengalir deras ke dalam negara lalu nilai terus menerus meningkat.
Tapi kita sebenarnya sudah lupa bahawa nilai RM3.2/dolar itu bukannya meningkat tetapi masih dalam proses recovery kerana pemulihan sebenar RM (jika berfikir dlm konteks kewangan skrg)mestilah bersamaan RM2.5/dolar paling kurang iaitu nilainya 13 tahun lepas atau sebelumnya iaitu sebelum nilainya merosot akibat dirompak pedagang mata wang asing yang mengaut keuntungan melalui kegiatan spekulasi. Adakah kita masih ingat lagi atau buat-buat lupa? Atau adakah kita sudah tanamkan dalam kepala otak kita bahawa RM2.5/dolar itu hanyalah tinggal sejarah semata-mata lalu kita membuang jauh-jauh nilai RM2.5/dolar yang pernah menjadi nilai RM dahulunya. Jika begitu mentaliti sesetengah orang, memang kita amat malang.
RM3.2/dolar bukannya pengukuhan ringgit. Ia dianggap kukuh sebab kita bandingkan dengan RM3.8/dolar yang pernah diikat oleh bekas PM, Tun M suatu ketika dulu. Sepatutnya mentaliti kita adalah dengan membuat perbandingan dengan 13 tahun lepas iaitu RM2.5/dolar bukannya RM3.8/dolar. RM3.8/dolar adalah nilai RM yang sedang sakit. RM3.8 adalah nilai RM ketika dalam bius atau ketika dimasukkan ubat penenang. Sepatutnya nilai ph RM kita yang normal adalah RM2.5/dolar seperti mana 13 tahun lepas!
Jangan kita mudah lupa! Kita mudah mengambil sikap berpuashati. Justeru saranan agar RM diperdagangkan di pesisir luar negara adalah saranan yang kurang cermat yang hanya mengundang para spekulator untuk datang menyerang sekali lagi. Mahukah kita diserang semula seperti krisis ekonomi 1997 dahulu? Dalam hal ini saya senada dengan Tun M.
2 ulasan:
Betul tu Ust.. Mudah sangat berpuas hati..
Ust, off topic, saya nak minta suggestion untuk sambung master.
Antra coursework & thesis which one better?
Saya ada survey USIM je setakat ni, Master in Muamalat Administration, tapi tak sure adakah B.Arab menjadi requirement juga.
Ust ada cadangan IPTA lain tak?
kalau dah peringkat master dan ke atas saya lebih suka tengok supervisor dari melihat institusi itu sendiri. Yang paling penting survey supervisor mana yang dedicated dan knowledgeable dlm bidang yang kita mahu. Kalau nak buat tajuk berkaitan Islamic banking rasanya boleh pergi ke UIA. Kat sana pensyarah mereka dah lama dalam bidang ni. Kalau nak ambil muamalat, kena strong dalam syariah. Walaupun tiada syarat untuk buat dalam bahasa arab, tapi rujukan utama muamalat biasanya adalah dalam b. arab. Nak tak nak kena strong dalam bahasa arab.
Berkaitan thesis atau coursework terpulang kepada minat. Kalau suka menulis dan mengkaji, ambil thesis. Kalau agak-agak malas nak pegi sana sini cari bahan, buatlah coursework. Cumanya kalau nak banyak paper dan publication di kemudian hari, thesis sangat berguna. Course mungkin senang tapi tak banyak ke arah kajian-kajian dalam topik yang kita nak buat, justeru publication tak dapat nak buat. Terpulang kepada minat dan kemampuan kita.
Catat Ulasan