Saya terbaca berita ini di harian metro.
Reaksinya boleh pelbagai.
1. Jika anda ahli ekonomi di BNM (atau seumpama dengannya), jawapannya lebih kurang begini:
Jika dinar dirham digunakan di pasaran bermakna ringgit akan jatuh nilainya kerana akan berlaku penurunan dalam permintaan ringgit. Akibatnya ekonomi negara akan runtuh.
2. Jika anda ahli politik di BNM (atau seumpama dengannya),jawapannya lebih kurang begini:
dinar dirham tidak boleh diguna pakai kerana ianya melibatkan polisi dasar sesebuah negara.
3. Jika anda ahli kewangan di BNM (atau seumpama dengannya), jawapannya lebih kurang begini:
Dinar dirham adalah tidak sesuai diperdagangkan di pasaran kewangan dan modal. Tiada mekanisme yang utuh dan jitu buat dinar dirham beroperasi dalam dunia yang praktikal.
4. Jika anda ahli pelaburan dan perniagaan, jawapannya lebih kurang begini:
Melaburlah dengan emas dan perak nescaya anda akan memperoleh untung berlipatkali ganda dan masa depan anda cerah
Ketahuilah, kesemua alasan yang diberikan itu hanyalah mind faculties' barriers tahap gaban yang sedang melanda umat masa kini. Mereka buntu dan tidak nampak jalan pulang sungguhpun mengakui kelebihan dinar dirham.
Jawapan pertama adalah golongan mereka yang tidak menggunakan otak kiri mahupun otak kanan, kemungkinan besar otak belakang kerana mereka ini tidak boleh berfikir dalam kerangka luar. memang ringgit akan mengalami penurunan nilai tapi sebagai gantinya adalah penggunaan emas dan perak secara besar-besaran dapat dilakukan dan semua orangtahu akan nilai emas sekarang yang mencanak tinggi. kalau ikut logik mana boleh ekonomi runtuh sedangkan kita mempunyai aset berlipatkali ganda nilainya!!
Jawapan kedua pula tidak perlu dijawab kerana mereka ini tidak tahu manapun kerana mereka ini bergantung kepada informer peringkat executive yang duduk dibawah mereka. kalau nak jawab juga, kita boleh jawab dengan persoalan, kenapa? polisi tak boleh diubahkah?
Jawapan ketiga pula adalah antara jawapan yang boleh diterima dan musabah kerana mereka ini adalah berkaitan logik dan mereka amat betul. Dinar dirham memang tak boleh hendak dilakukan dalam kerangka sistem yang sebegitu, so dinar dirham kena buat sistem sendiri.
Jawapan keempat pula no comment sebab dah ramai rakan-rakan terlibat. Cumanya kita semua kena ingat, bila kita memperdagangkan dinar dan dirham, kita sebenanrnya melambatkan proses pengembalian fungsi asal dinar dirham kepada fungsi mereka yang hakiki iaitu bertindak sebagai transaksi barangan dan perkhidmatan.
Tepuk dada tanya ilmu akhirat masing2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan