Rabu, 30 Jun 2010

Koin emas terbesar di dunia telah terjual pada harga RM 13 juta


Koin emas terbesar telah terjual dengan harga 4.02 juta dollar bersamaan 13.266 juta. Ia terjual hasil lelongan yang dibuat pada hari Jumaat lepas di Vienna, Austria.

Koin seberat 100.2 kg atau 220.5 pounds itu telah berjaya disambar oleh sebuah syarikat pelaburan Sepanyol yang dikenali sebagai ORO.

Penjualnya pula adala juga sebuah syarikat pelaburan yang dikenali sebagai AVW Invest yang telah diarah untuk melelongkannya ekoran pengisyhtiharan bangkrap dan juga beberapa dakwaan salahlaku CEO dan pemiliknya.

AVW telah memiliki koin itu semenjak 2007 lagi yang mana ianya telah dibuat oleh Royal Canadian Mint.
Diameter koin itu adalah 21 inci dan diperbuat daripada emas 999.

Beruntunglah kepada mereka yang berjaya memilikinya dan ternyata orang Sepanyol memiliki kelebihan tersebut. Mana syarikat Arab dan Pertubuhan Dinar ya?..

Tiada ulasan: