Selasa, 25 Mei 2010

Haram judi kerana Allah

Walau pelbagai logik akal dijadikan alasan untuk mengharamkan judi, sebagai Muslim alasan agung adalah kerana Allah swt yang suruh, bukannya faktor lain. Logik akal sebagai sisipan untuk meyakinkan manusia sahaja. Manusia adalah diketahui memang berakal selalu saja ditewaskan apabila sesuatu itu tidak kelihatan logikal pada pandangan akal mereka. Haramkan judi kerana bantahan orang ramai boleh saja asalkan ianya bukan alasan yang agung. Namun, apabila haramkan judi adalah semata-mata kerana mendapat bantahan ramai itu yang boleh mengganggu gugat akidah sebagai orang Islam.

Menyuruh orang ramai menghentikan perjudian adalah perkara fardu. Tiada pilihan lain. Tiada istilah darurat yang boleh diketengahkan untuk dijadikan pilihan selain pengharamannya dikuatkuasakan. Bukan sekadar hukum tetapi dijadikan undang-undang. Malah agama lain tidak pernah menghalalkan perjudian. Sudah tiba masanya semua negeri di Malaysia membuat perancangan pengunduran terhadap semua premis perjudian yang berlesen apatah lagi yang haram. Perancangan pengunduran ini amat penting untuk mereka yang terlibat secara langsung dengan industri ini merancang perniagaan baru mereka yang tidak lagi berasaskan perjudian. Perancangan pengunduran ini juga penting kerana dari situlah kelicinan untuk menguatkuasakan pengharaman perjudian dapat berjalan dengan sempurna. Antara langkah pengunduran yang boleh dilaksanakan adalah tidak menambahkan lagi lesen perjudian dan juga langkah pengurangan lesen-lesen premis perjudian setiap tahun.

Persoalan yang paling utama sekarang, wujudkah perancangan pengunduran itu di dalam benak sanubari dan minda pemimpin-pemimpin kita (kerajaan mahupun pembangkang) tatkala lesen perjudian sentiasa bertambah setiap tahun? "Lu pikir la sendiri.."

3 ulasan:

Dr Azman berkata...

FIFA dah dekat.... kita dah halalkan judi bola...sungguh menarik hahahaha!!!

Dr Azman berkata...

Kalau ada paper... saya boleh tolong bentangkan kat Eropah, sekitar Belanda, Belgium, Jerman, Perancis.

Dziauddin berkata...

Menarik tu Dr. Kalau boleh masuk dalam jurnal diorang lagi bagus.