Sabtu, 23 Mei 2009

The "new silver coin"

I wish to have it in the future. My face on the coin!

Jumaat, 22 Mei 2009

Lagi tentang kursus induksi

Ghairah memberi pandangan kononnya.
Tunjuk bakat melukis walaupun tak pandai mana. Namun aktivii seperti ini adalah baik dikhususkan kepada kursus-kursus lain seperti BTN dan sebagainya.


Rindu

Sudah 10 hari meninggalkan keluarga kerana berjuang di kursus induksi, hati dan perasaan mula merindui anak-anak di rumah dan sudah tentu isteri juga yang saya pasti kepenatan melayan karenah anak-anak di rumah.

Apa yang pasti buah tangan pasti akan dibawa ke rumah nanti sebagai apresiasi pengorbanan berada di rumah bersama anak-anak tanpa suami. Apapun itula lumrah kehidupan. Teringat kembali pengorbanan nabi bersama para sahabat tatkala berhijrah ke Madinah. Dalam hati saya "ceh, ini baru sekelumit jer." gertak hati besar, nak beri motivasi.."haah ya lah ek, kecik jer ni"..nak memujukkan hati yang dalam kerinduan.

Isnin, 18 Mei 2009

I'm in the course

Pejabat Pentadbiran, Pusat Latihan UiTM, Kg Gajah, PerakVilla Wawasan, Tempat penginapan peserta

For the first time since a week ago, eventually i got chance to meet the internet. I'm in the course now that called Kursus Induksi, the course that being one of the condition to become a confirmed staff in government sector. This course started on last 13 of May and expected to end on 28, insya Allah. It's conducted in Pusat Latihan UiTM, Kampung Gajah, Perak. Luckily, this place equipped with the wireless internet services. So, it's time for me to update blog! Ermm..i hope so..:)

Khamis, 30 April 2009

Liberalisasi bank: Meneruskan legasi wang kertas


1. Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kebanyakkan dengan pengumuman kerajaan berkaitan liberalisasi perbankan. Rakyat akan tetap meminjam juga daripada bank dan ini seterusnya penciptaan kredit akan terus berlaku berdasarkan sistem yang kita semua sudah tahu iaitu "faedah dan gandaan". Bagi kami para "denarist" ianya tidak lebih memperkukuhkan lagi legasi wang kertas dan sudah tentu ianya tidak akan menyumbang kepada kestabilan ekonomi sebenar.

2. Pengumuman untuk menjemput pelabur asing untuk memiliki ekuiti perbankan Islam hanyalah membenarkan lagi kenyataan bahawa Bank Islam memerlukan modal yang besar untuk bersaing. Jika ada sesiapa yang memiliki duit RM3.6 bilion sekarang, anda dipersilakan buka bank sendiri. Namun, ianya hanyalah akan membuatkan duit menjadi RM3.6 trilion atau lebih dalam jangka masa yang agak singkat. Bagaimana penciptaan barangan? Belum tentu RM3.6 trilion!

3. Kami tidak menentang bank. Tetapi kami menentang sistem bank itu yang mencipta kredit dan duit daripada tin kosong. Walaupun namanya diubah kepada BaitulMal sekalipun tetapi sistem tetap sama, kami akan menentang juga. Sistem ini sangat merbahaya terutamanya kepada negara miskin kerana mereka tidak berupaya membuat barangan selari dengan pertumbuhan kewangan.

4.Saya tertarik dengan kata-kata Steve Saville. Beliau ada mengatakan "The less stuff that gets produced by the economy the greater will be the eventual decline in the currency's purchasing power stemming from monetary inflation". Jelas kenyataannya membenarkan sistem kewangan yang ada sekarang. Jika anda tidak menghasilkan barangan selari dengan pertumbuhan duit yang "auto generated by its system" selagi itulah kita akan kekal miskin kecuali barangan juga "auto generating growth".

5. Tetapi anda kena ingat, barangan akan bertumbuh secara semulajadi selari dengan kehendak pengguna dan pertumbuhan populasi. Trend ini tidak boleh dibuat-buat. Justeru mana mungkin trend yang digelar sebagai "auto generating growth" ini yang mana diguna pakai pada wang kertas boleh diaplikasikan pada ekonomi. Memang tidak boleh!

Rabu, 29 April 2009

Cekup pelanggan 4D TOTO:Perlu heret penjual juga

Dua hari lepas saya terbaca kisah ini di Kosmo. Bertungkus lumus para pegawai JAIP turun padang mencekup para pencandu judi yang seumpama penjenayah melepaskan diri daripada polis. Pencandu judi ini telah bertindak kasar dengan menyepak pegawai penguatkuasaan berkenaan. Kasihan pegawai penguatkuasa. Namun terpaksa juga dilakukan kerana dengar ceritanya adalah arahan Sultan Pahang sendiri. Tahniah Sultan Pahang. Nampak gayanya Sultan juga kena beri arahan, baru efektif.

Namun, jika premis perniagaan ini diheret sama seperti tindakan saman dan mahkamah mungkin ianya lebih efisyen. Penjual judi pun harus dihukum sama kerana disebabkan dialah pencandu ini bermaharajalela. Tindakan menampal notis dengan melarang orang Islam membeli juga jika ianya sekadar poster semata-mata sedangkan mereka bebas menjual kepada orang Islam.

Jika premis perjudian diheret sama, terdapat beberapa perkara dapat dielakkan, iaitu:
1. Tindakan menangkap pencandu judi ini dapat dielakkan, mereka tak malu, pegawai penguatkuasa pun tak perlu susah-susah hendak membuat serangan hendap. Apa yang perlu dilakukan ialah melakukan operasi dengan menangkap gambar dari jauh dan memerhati tingkahlaku premis berkenaan.
2. Memelihara imej agama Islam itu sendiri seperti tidak menonjolkan Islam itu terlalu "strict" sehingga terpaksa menangkap orang di khalayak ramai sekaligus dapat mengelakkan daripada memberi gambaran tak baik tentang Islam kepada bukan Islam.
3.Masalah akan cepat selesai kerana premis perjudian diwujudkan sebab hendak mengautkan keuntungan. Jika denda@saman dengan jumlah yang besar dikenakan ke atas mereka, nescaya mereka sendiri akan bertindak bagi pihak penguatkuasaan untuk menghalang pencandu judi yang beragama Islam ini daripada berjudi di premis mereka.
Mudah bukan?

Alasan "terpeluk" yang memualkan


Baru-baru ini artis paling popular Malaya memberikan alasannya kenapa dia memeluk Irma. Ini kerana dia terlalu gembira, di luar kawalan dan tindakannya adalah spontan tatkala diumumkan dia adalah pemenangnya. Anugerah yang agak berprestij itu merupakan anugerah yang tertinggi oleh artis yang diiktiraf peminatnya dan dia terkejut kerana memenanginya.

Apapun alasannya, bagi saya, ianya adalah hasil daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram yang semakin di terima di kalangan masyarakat Malaysia amnya. Di sini saya tidak berniat hendak menuduh Nabil (saya sendiri adalah peminat Nabil)bergaul bebas tetapi jika diperhatikan kepada realiti sekarang masyarakat Malaysia, budaya "pakwe makwe", "awek balak" dan "boyfriend girlfriend" adalah sesuatu yang biasa, malah tidak keterlaluan apabila dikatakan suatu kemestian di kalangan muda mudi. Jika sesiapa yang tidak mempunyai budaya itu, ianya dianggap pelik. Lihat sahaja pelajar-pelajar kita sekarang. Semuanya dilakukan berdua-duaan, makan berdua-duaan, belajar berdua-duaan, berjalan-jalan (outing) berdua-duaan dan ianya dianggap bukan kesalahan! Ianya adalah dianggap pergaulan yang dizinkan. Pensyarah, guru-guru mahupun orang yang berkuasa pun tidak mampu untuk menegur. Inilah realiti yang terpaksa dihadapi dan ditempuhi.

Menyalahkan Nabil semata-mata adalah tidak adil. Ini kerana ramai artis atau orang lain yang terperanjat mahupun tidak, secara sengaja mahupun tidak, bukan setakat memeluk, malah lebih daripada itu lagi. Cumanya Nabil adalah artis dan perbuatannya adalah di tengah-tengah "crowd" dan "zoom in" kamera. Jika fenomena pergaulan bebas ini tidak dibendung, tidak mustahil ramai lagi akan memberi alasan yang sama kenapa mereka memeluk wanita yang tidak sepatutnya dipeluk dan sensitiviti masyarakat tentang isu itu hanya berlalu begitu sahaja!